Total Pageviews

Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Monday, January 21, 2013

Doa Sempena Hari Lahirku, 23 Tahun.

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Ya Allah untuk usia yang telah engkau berikan (22-01-2013), Terima kasih juga atas setiap rezeki yang engkau berikan, terima kasih untuk setiap ujian dan dugaan yang engau turunkan, terima kasih juga segala bakat dan ilham yang engkau anugerahkan. sesungguhnya terlalu banyak yang telah engau anugerahkan kepada ku, namun terlalu kecil pengabdian ku kepada Mu Ya Allah... Ampunkanlah aku ya Allah...



Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap, dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihmu, engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat aku lemahku datang, aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih...

Ampunkanlah aku ya Allah, apabila aku merintih nasibku di hadapan mu ya Allah, kalau bukan kepada Mu, maka kepada siapalah tempat aku mengadu?.. aku tidak pernah menyesal akan kewujuda aku di dunia ini ya Allah, namun aku adalah hambamu yang dhaif dan lemah. adakalanya aku kurang kesabaran, ada masanya aku goyang keimanan, ada masanya aku terikut bisikan syaitan, namun dengan kasih sayang dan rahmatmu, engkau menarikku kembali daripada kesesatan.

Dalam usiaku yang meningkat ini, aku ingin lebih dekat kepada mu ya Allah, dalam usiaku yang semakin menjauh ini, aku ingin selalu merinduimu ya Allah, dalam usia yang meniti senja ini, aku ingin sekali menyambut penggilan kaabah mu ya Allah, dalam usia ini juga, aku inginkan ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesedaran dan kerendahan hati, tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi...

Ya muhaimin... pimpinlah tangan hambamu ini, pimpinlah hati hambamu ini, pimpinlah langkah hambamu ini agar sentiasa berada di landasan kebenaran, ya Al-Qudus, sebagai hambamu yang hina dina ini, aku takkan mencapai tahap kesempurnaan, tapi kasihanilah aku bimbingilah aku agar aku mampu meniti titian siratullmustakim Mu dengan tenang dan pantas ya Allah...



Ya al-Hakim, berikanlah aku ilham dan kekuatan untuk aku terus kuat dan mampu untuk menyampaikan dakwahMu kepada insan yang lain, hulurkanlah aku kebijaksanaan dalam menyebarkan dakwahMu ya Allah, dan jauhkanlah daripada sifat riak, dan ikhlaskan aku dalam setiap pekerjaan yang aku lakukan..

Terima kasih atas segala takdir yang telah engkau tetapkan kepada ku ya Allah.. aku bersyukur atas segalanya Alhamdulillah...engkaulah yang maha besar lagi maha agung..

Terimalah permohonan hambamu yang sedang bermusafir di bumi Mu ini Ya Allah...


Saturday, January 5, 2013

Tenang?

Bismillahhirrahmannirrahim... Assalamualaikum, dan selamat sejahtera kepada pembaca yang sangat saya sayangi lagi saya kasihi, semoga semuanya baik-baik sahaja...



Alhmdulillah, hari ini, saya rasa tenang sangat, lepas mandi, solat... saya rasa tenang sangat, terima kasih ya Allah kerana memberikan ku ketenangan, kerana tidak semua hambamu mampu memilikinya, dan kurniakanlah ketengan juga kepada pembaca yg dikasihi dan seluruh muslimin dan muslimat... 
ketahuilah, bahawa ketenangan yg hakiki ialah, hanya pada Allah. ketahuilah dengan mengingati Allah selalu, hati akan menjadi tenang...minta dan pohonlah kepadanya. namun, saat dan ketika ini, kita semua kurang tepat dalam usaha mencari ketenangan, kita terpedaya dengan budaya yang kurang baik, seperti, apabila kita merasa gelisah, sedih, kecewa dan sebagainya, ada yg pergi makan, menyanyi, mandi, bersiar-siar, dan bnyak lagi, malah yg lebih teruk lagi apabila melakukan perkara yg salah di sisi islam, seperti, minum arak, hisap dadah dan gam, yg kononnya boleh hilangkn masalah. persoalanya, adakah semua itu mampu memberikan ketengan?...



mungkin iya, bergantung kepada individu, namun ketengan itu hanya sementara, ataupun ketengan yg diperolehi bukanlah dengan jalan yang betul. apabila kita ditimpa dengan maslah, maka sudah tentu itu adalah ujian daripdanya, maka dialah tempat yg pertma perlu kita mengadu, mintalah ketenangan, dan penyelasaian maslah, ambil air sembhyang, dan driknlah solat sunat, dan mohonlah keampunan daripdanya, in shaa Allah, kita akan temui ketengan, sekirnya masih tidak mampu, berkongsilah maslh tersebut kepda orng yg dipercyai, mintalah pendpat terutma yg arif dengan mslh tersbut, in shaa Allah... akan dipermudhkan urusan, kerna Allah melihat usha hambanya, dan jganlah berputus asa daripada rahmatnya..jagalah Allah, Allah pasti akan menjga mu.. yakinlah dan sentiasa bersangka baik kepada Allah, kerna setiap maslah itu, ada hikmah yg tersmbunyi... carilah hikmah tersbut, nescaya kamu akan sentiasa bersma Allah...



setakat itu, sahaja sedikit perkonsian dripda saya, mohon sejuta kemaafan sekirnya ada kesilpan atau kesalhn, mohon ditegur... semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.. in shaa ALlah..

Wednesday, November 21, 2012

Muhasabah Lu...:D


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan pembca yang sudi singgah d blog yg x seberapa nie.... fuh, lama dah x update blog, bukan xda masa tp mlas sebenarnya mau update.. bnyak yang nk dikongsikan kepada rakan2 semua. tp update kali xda papa yg nk di share kan mkin cuma luahan persaan disamping bermuhasabah dr... kebetulan sorang2 kat umah, mama, kaka, abang jalan pegi tenom. sunyi gituuu... hehe..

saya just nk nasihatkn diri saya sendiri, bahawa berusahalah untuk melakukan yg terbaik untuk diri... jangan sia2kan hidup dengan perkara yang kurang berfaedah (main game) hehe... masa muda nielah masa yang terbaik untuk buat sesuatu yg boleh membwa manfaat kepada dr juga orng lain. ingatlah xda manusia yg sempurna walupun bergelar seorang 'ustaz'... juga x lari daripda kesilapan lalu, sekrng dan mkin juga msa hadapan. namun persoalannya apabila buat salah adakah hati kita tergerak untuk bertaubat, kalau ia... maka Allah masih sayangkn kita, mau kita sentiasa dekat dngan dia, namun rakan2 sekalian bila kita wat dosa namun xda persaaan bersalah, menyesal. kena cek balik kita takut Allah biarkan kita dengan nikmat dosa itu terus menerus...

berazamlah untuk berubah, carilah ilmu, banyakkn membaca,  untk melakukan kebaikan bukan senang apabila hati telah terbiasa dengan dosa, hati itu sudah menjadi beku dan hitam... amat sukar untk menyesal akan dosa apatah lagi untuk menangis berdoa kepada Allah...



"Ya Allah.. jngan engkau biarkan aku terus hanyut dengan kemanisan dosa ini... berilah aku kekuatan untuk hdapi ujian-Mu, permudahknlah aku dalam beribadah untuk dekatkn dr padamu... aku takut ya Allah, akan azab-Mu yg sangat pedih, aku takut.... aku tahu selama ini telah bnyak melakun dosa pada-mu.. maka engaku ampunkan lah sesungguhnya engkau maha pengampun ya Allah.... berilah  kekutan kepda aku ya Allah, untuk meminta maaf kepada orang lain atas kesilapan dan dosa yg dilakukan, hilangkan lah rasa malu itu ya Allah... biarlah aku malu di dunia jgan aku malu di akhirat sana. ya Allah sesungguhnya engkau maha memperkenankn doa, maka perkenankan lah doa ku ini.. amin ya Allah..."

jgnlah kau menyangka diri mu telah cukup baik, jngan lah kau yakin syurga itu milikmu, janganlah kau takbur akan ilmu mu yg sedikit itu, sesungguhnya  ilmu tanpa iman juga tidak bermakna. kau tahu solat lima waktu wajib, knpa kau tinggalkan, kau tahu mengumpat itu dosa npa kau wat juga, kau tahu yang jahat itu dosa, kenpa kau lakukan jugaaaa... 

mintalah keampuan kepada Allah, kerana Allah maha pengampun, apabila dosa dengan Allah.... namun dosa dngan mkhluk minta lah kemaafan kepadanya, kerana tanpa keampunan darinya kau akan celaka nanti, janganlah kau malu untuk meminta maaf... ingat tu azam...


sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.. apabila kamu mersa gundah gelana... carilah ketengan itu kepada yang menurunkan gundah gelana kpdmu... insyAllah kamu akan memperolehi ketengan yg hakiki, sekirnya kmu masih tidak lagi merskan ketengan itu, teruskan mencari ketngan itu daripadanya kerana Allah mkin menguji-mu sejauh mana kamu yakin akan Allah. tidak ramai yg berjaya melepasi ujian tersebut, mereka kecundang dengan ujian itu, dan tahniah kepada yg berjaya... sesungguhnya kmu adalah daripada golongan yg beriman.. jadi terpulang kepada kita semua untuk memilih jalan hidup. 

semoga perkongsian kali ini bermanfaat kepada semua... sory lah telmpau pnjang pla... tp bagi yang mebca smpi habis saya ucapkan tahniah... semoga Allah akan memberikan hidayah kepadamu... Amin.. 






Tuesday, August 28, 2012

We Love u My Brother...Arwah Mohd Shahrun

Assalamualaikum...w.b.t....
Pada 25.08.2012, Jam 5.30 petang, Bersamaan 7 syawal 1433 H, adik sya Mohd Shahrun telah terlibat dalam kemalangan motosikal bersama abang sya Ronie, yang menyebabkan Kematian adik sy Mohd Shahrun. Kejadian ini menyebabkan suasana gembira menyambut hari lebaran menjadi satu tragedi yang tidak diminta. 

       Arwah yang juga seummur sy lahir pada tahun 1990, telah memberikan banyak kenangan sejak dari kecil lagi. kami sentiasa bersama sejak daripada pra sekolah lagi, hinggalah ke tingkatan tiga di smk keningau dua. Arwah seorang yang baik, rajin, dan suka bergaul dengan ramai orang. Pada hari kejadian tersebut, di awal pagi arwah dan kami sempat lagi bermain game DOTA sampai tengahhari, dan seterusnya pergi ke rumah jiran untuk ke rumah terbuka. selepas itu, bapa mengajak kami untuk pergi ke mengitom bunga raya utntuk melihat orng kahwin. Selepas selesai d sna, kami balik ke rumah untuk tukar kereta kerana mama mau guna kereta, selepas itu, bapa mengajak kami untuk pergi ke kg. kirokot untuk tujuan yg sma iaitu, melihat orng kwen, dan disnalah terjadinya tragedi kemalangan yang tidak diminta. Namun Allah lebih syangkan Arwah, kerana semuanya telah dirancang oleh Allah dan kita sebagai hamba Allah perlu percaya dengan yakin akan Qada' dan Qadar Allah.
        Persoalannya ialah, apakah kita yang masih hidup ini mengambil pengajaran daripada peristiwa yang terjadi. Allah hendak menunjukkan bahawa, Allah boleh megambil nyawa kita dalam apa juga kejadian, sama ada kita sempat bersedia mahupun tidak. Kerana Allah berfirman "Setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati". Bagi mereka yg masih hidup dan melihat kejadian ini sebagai satu pengajaran dan peringatan dari Allah dan berusaha untuk menjadi lebih baik, dan mereka lah yang beruntung, namun amat rugilah yang tidak diberikan kesedaran daripada Allah untuk berubah dan tidak berusaha untuk mencari hikmah disebalik kejadian ini.

       Redhalah dan terimalah pemergian arwah sebagai satu kaehilangan yang amat besar dalam keluarga. kepada pembaca sekalian, maafkanlah kesilapan arwah sekiranya arwah pernah melakukan kesilapan, dan halalkan lah segala-galanya daripada kamu, dan sedekahkan lah doa kepada arwah. Muda-mudahan dengan maaf dari pembaca sekalian akan memudahkan lagi urusan arwah di alam sana. 
          percayalah kita juga akan mati, dan bersiap sedialah untuk menghadapnya. "sesungguhnya kematian  yg kamu lari darpadanya, akan datang menemui kamu...".Sentiasalah bertaubat, kerana kita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, mahupun kepada Allah, juga kepada manusia. Kerana kita tidak tahu bila Allah akan menjemput kita, dan agar hidup kita sentiasa dalam ketenangan. "ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan yang baik, jangan engkau matikan aku dalam kematian yang buruk.." Amin.. semoga kita meperolehi manfaat bersama melalui perkongsian ini. Assalamualaikum, w.b.t..

               Pic Arwah (berbaju hijau) bersama sahabatnya Hanafi



Wednesday, April 25, 2012

Rezki itu ada, cuma cepat atau lambat...

Ya Allah, engkau permudahkanlah urusan ku di dunia ini...

Saya telah berusaha untuk mencari pekerjaan, namun sampai di saat ini saya masih lagi belum diberikan pekerjaan yang baik. Saya telah berusaha menghantar resume di sana dan sini, dan temuduga sana sini, namun belum lagi ada jawapan yang boleh membuatkan saya tersenyum. saya terdesak sebenarnya untuk mencari pekerjaan yang tetap agar saya dapat mencapai impian saya. 

Sebenarnya saya pernah bekerja di restaurant pizza hut, dan gajinya lebih kurang dalam Rm 500 lebih cam tulah, tapi bergantung kepada jam waktu bekerja. di sana adalah pengalaman pertama saya bekerja, dan berjumpa dengan rakan2 staf yang baik. Namun hati saya sentiasa tidak tenang dan masih lagi mencari sesuatu,
dan saya mengambil keputusan untuk menjadi guru sukarelawan di sekolah rendah agama di kampung saya sendiri.

Semasa bertugas di sar, saya bekerja dengan tenang dan lebih rilek, walaupun tidak mendapat sumber pendapatan yang lebih baik berbanding di pizza hut keningau, namun saya gembira bertugas disini. saya sentiasa merasa cukup walau pun elaun yang saya perolehi itu sedikit. mungkin ini yang Allah katakan dalam al-Quran, "sesiapa yang bertakwa Allah akan berikannya jalan keluar, dan diberikannya rezki yang tidak disangka2 dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, dia akan sentiasa merasa cukup".

Akan tetapi, saya masih lagi mencari dan menunggu rezki yang lebih baik, dengan pendapatan yang lebih baik. ataupun ini adalah pekerjaan yang terbaik untuk saya. saya percaya saya boleh mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, dan apa yang perlu untuk saya lakukan ialah berusaha dan bertawakal kepada Allah, kerana segala-galanya telah ditentukan olehnya. 

Mungkin juga dosa yang saya lakukan menjadi penghalang kepada saya untuk mendapat rezki yang baik, taupun ini adalah ujian yang Allah berikan kepada saya agar saya menjadi lebih dekat kepadanya. apapun  saya kena percaya kepada Allah, semoga saya mampu bertahan dengan ujian ini.