Total Pageviews

Saturday, September 8, 2012

Mengenali Diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yg budiman. Bagaiaman keadaan anda hari ini, harap2 semuanya OK dan baik-baik saja. InsyAllah dalam entri kali ini saya akan berkongsi dengan para pembaca sekalian berkenaan Hadis Rasulullah untuk sama-sama kita mengambil pengajaran serta dapat menambah lagi ilmu kita. Hadis yg akan sya kongsikan ialah hadis berkenaan Mengenali Diri. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: 

" Lihatlah kepada orang yg lebih rendah daripadamu, dan janganlah melihat kepada orang yang lebih tinggi daripadamu, yang demikian itu adalah lebih baik untuk tidak meremehkan nikmat Allah yg dikurniakan kepadamu"

( Hadis Sahih ini Muttafakun 'alaih. Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari 6125 dan Imam Muslim 8 dan 9. Lafaz hadis ini oleh Imam Muslim) 



Pengajaran Hadis.

Amr bin Syu'ib daripada ayahnya, daripada datuknya berkata: Nabi s.a.w. bersabda yg bermaksud :

"Dua jenis sifat, siapa yg memiliki kedia-duanya maka dicatat di sisi Allah sebagai ahli syukur (golongan yg bersyukur) dan sabar. Pertama, jika ia dalam hal agama selalu memperhatikan orang yg lebih tinggi untuk meniru dan mengikutinya, dan dalam hal dunia selalu melihat kepada orang yg lebih rendah daripadanya sehingga ia dapat bersyukur kepada Allah"

     Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, Syukur mempunyai banyak makna antaranya terima kasih, mujurlah, untunglah, bertuah. Bersyukur pulah ialah berasa syukur dan berterima kasih.


Hadis ini sebenarnya mengajar kita untuk sentiasa berusaha untuk memiliki sifat Zuhud, disamping sentiasa merasa Qana'a (merasa cukup) dan Reda kepada segala Qada' dan Qadar Allah. Orang yg mempunyai sifat-sifat diatas sebenarya orang yang kaya kerana segala keperluannya dapat dikawal, dan tidak perlu untuk meminta daripada orang lain, dan kekayaan batiniah seperti inilah sebenarya memiliki kekayaan yang hakiki, dengan wujudnya sifat-sifat seperti ini boleh membawa ketenangan dan kesejahteraan dalam melayari kehidupan yang penuh dengan ujian ini.

Pembaca yang dikasihi, dalam masalah keagamaan pula, kita hendaklah melihat kepada orang yg lebih baik daripada kita agar menjadi perangsang kepada dri kita untuk melakukan ibadah sepertinya malah berusha untuk melakukan yg lebih baik daripadanya. hal ini bersesuaian dengan konsep "Hendaklah kamu berlumba-lumba dalam melakukan kebajikan", yang mana bolah membawa banyak kebajikan dan kebaikan  kepada diri kita bukan sahaja didunia malah di akhirat sana.

Sebaliknya, dalam hal-hal keduniaan pula, kita hendaklah melihat orang yang lebih rendah daripada kita agar kita dapat bersyukur atas apa sahaja rezeki yang Allah kurinakan kepada kita. Sekiranya kita selalu membanding-bandikan rezeki yang kita miliki kepada orang yg diberikan rezeki lebih daripada kita, sudah tentu akan membawa kepada ketidaksyukuran, dan tidak merasa cukup akan kurniaan Alllah, dan boleh membawa kepada sifat-sifat negatif dalam diri, sebab itulah, kenapa rasulullah sendiri menganjurkan kita untuk melihat orang yg dibwah kita, agar kita mampu untuk bersyukur atas segala pemberianNYA walaupun ianya hanyalah sedikit. 

Walaubagaimanpun, adalah tidak menjadi kesalahan untuk kita mengejar orang yang diatas dalam hal keduniaan seperti kekayaan, asalkan kita mampu membelanjakan segala rezeki yg dikurniakan kejalan yg diredahi oleh Allah, sebagai contoh isteri Rasulullah, saidatina Khadijah dan sahabat Rasulullah Abdurrahman bin Auf, adalah antara sahabat yg kaya, dan agar kita tidak lalai dengan kekayaan yang dimiliki seperti Qarun yg pada mulanya sangat taat kepada Allah, namun tewas dengan timbunan harta yang dimilikinya.

Begitulah sedikit perkongsian ilmu daripada saya, semoga kita akan sentiasa bersyukur atas segala nikmat pemberian Allah, walaupun ianya sangat sedikit, percayalah sekiranya kita bersyukur Allah akan tambahkan lagi rezeki kita, namun sekiranya kita kufur, azab Allah sangat pedih. Semoga juga, Allah memberikan saya dan para pembaca yg disayangi kekuatan untuk beribadah mendekatkan diri kepada Allah, dan kekuatan untuk menghadapi segala ujian daripada Allah. sekian sahaja perkongsian pada entri ini, semoga ada manfaatnya. Wassalamualaikum w.b.t.

Rujukan : Hadis Modal Insan, Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri 






Friday, September 7, 2012

Hari Raya SAR Merampong...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca yg di sayangi dan di cintai, terima kasih kerana sudi membaca perkongsian ini dan seterusnya secara tidak langsung melawat blog sy yg comel ini...:).. Pa yg sya mau kongsikan ialah menngenai majlis sambutan hari raya peringkat sekolah SAR Merampong pada 6-9-2012.

Antara aktiviti yang dijalanlakn ialah, ucapan daripada pelajar, persembahan nyanyian lagu hari raya, dan seterusnya makan-makan, hehe... sebenarnya tiada papa pon yang mahu d perjelaskan mahupun berucap panjang cuma mahu berkongsi kepada pembaca sekalian pic-pic yg comel2 time majlis tersebut...:P
merupakan tenaga pengajar di SAR Merampong
Pelajar Tahun 1
Pelajar Tahun 2
Pelajar Tahun 3
Pelajar Tahun 4
Pelajar Tahun 5
Pelajar Tahun 6
Ustazah Kasimi bergambar dengan pelajar







Naa.. habis Sdah.. hehe


mcm mna rakan-rakan pembaca sekalian?, comel x pic budak2 nie... hehe.. sebenarnya banyak lagi pic-pic laen, tp, mlas dah nk uplod bnyak2. so begitulah suasana hari raya yang di sambut di SAR Merampong guru-guru bersama semua pelajar. jutaan terima kasih juga kepada ibu bapa pelajar yang memberikan kerja sama untuk menyediakan jamuan makanan yang dibawa oleh anak2 mereka ke sekolah...
     Semoga anak-anak pelajar kita ini akan menjadi insan yang berilmu dan beriman kepada Allah suatu masa nanti, dan juga penerus kepada generasi yang terbaik bagi membawa kita semua kearah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang disamping berkat dan redha Allah. sekian sahaja sedikit perkongsian ini semoga ada manfaatnya... wasalamualaikum w.b.t.