Total Pageviews

Tuesday, August 16, 2016

KEMERDEKAAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM


Kemerdekaan adalah merupakan suatu nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat manusia di atas muka bumi-Nya ini. Namun begitu, nikmat kemerdekaan ini bukanlah dapat dirasai sepenuhnya oleh semua golongan manusia. Justeru kita dapat melihat bagaimana sesetengah negara dijajah oleh kuasa asing seperti mana yang berlaku di negara Palestin. Kita juga dapat melihat bagaimana sesetengah kelompok manusia dihalau dan diusir daripada tanahair mereka sendiri seperti mana yang berlaku kepada umat Islam Rohingya. Bahkan kita juga dapat melihat bagaimana sesetengah manusia pada hari ini dijadikan sebagai hamba dan diperdagangkan oleh orang lain demi mengaut keuntungan duniawi. Kesemua perkara ini menzahirkan tentang sesetengah umat manusia yang tidak dapat merasai nikmat kemerdekaan seperti mana yang kita semua rasai di tanahair tercinta ini.

Kemerdekaan sebagaimana yang selalu difahami oleh masyarakat kita adalah kebebasan daripada penjajahan kuasa asing. Kerana itulah kita dapati saban tahun seluruh rakyat di negara ini meraikan sambutan hari kemerdekaan setiap kali menjelangnya tarikh 31 Ogos. Persoalannya adakah memadai sekadar itu kemerdekaan yang dimaksudkan di dalam Islam? Jelasnya, Islam sebagai agama yang berasaskan ketauhidan, telah datang untuk membebaskan manusia daripada perhambaan kepada sesama makhluk kepada perhambaan hanya kepada Allah SWT. Justeru, kemerdekaan yang hakiki adalah apabila manusia hanya mengikut petunjuk dan menyerahkan jiwa sepenuhnya kepada Allah SWT.


Firman Allah SWT dalam surah Yusuf ayat 108 :

"Katakanlah (wahai Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang yang megikutku menyeru (manusia umumnya) kepada agama Allah dengan keterangan yang nyata. Maha Suci Allah (daripada sebarang sekutu) dan aku bukanlah daripada golongan yang musyrik (yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain)".

Ayat di atas menjelaskan bahawa manusia hanya akan selamat apabila mereka memperolehi hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT dan Rasul yang diutuskan-Nya. Sebaliknya bagi mereka yang menjauhkan diri daripada petunjuk Allah SWT, maka hidup mereka akan sentiasa lalai dan memusnahkan diri mereka sendiri.

Hadis daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Aku telah diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat. Apabila mereka melaksanakannya maka darah dan harta mereka terpelihara melainkan dengan hak Islam dan perhitungan mereka adalah di sisi Allah SWT". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Islam tidak pernah menghalang kebebasan manusia, sebaliknya kebebasan itu mestilah digunakan sebaiknya untuk mencari keredaan Allah SWT. Oleh kerana itu, orang-orang yang cuba membebaskan diri daripada tuntutan-tuntutan Islam, pada hakikatnya bukanlah mereka itu mendapat kemerdekaan, sebaliknya merekalah golongan yang sentiasa diperangi oleh Allah SWT dan juga Rasul-Nya.

Persoalan kemerdekaan pada hari ini bukan sahaja mengenai pembebasan dari penjajahan kuasa asing, tetapi yang lebih utama adalah persoalan mengenai kemerdekaan minda dan pemikiran, khasnya pemikiran umat Islam itu sendiri. Ini kerana, setelah 55 tahun kemerdekaan negara ini dikecapi, masih terdapat di kalangan masyarakat kita yang rosak akhlaknya, masih ramai masyarakat kita yang mengagungkan budaya hidup songsang, bahkan sebahagian umat Islam pada hari ini di pelbagai lapisan dan peringkat masih lagi dijajah minda dan pemikiran mereka yang dipelopori oleh golongan Yahudi dan Nasrani.

Maka benarlah firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 120 :

"Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut millah (agama) mereka (yang telah terpesong itu)...".

Kemerdekaan yang sebenarnya bagi setiap individu Muslim pada hari ini adalah apabila mereka dapat membebaskan diri dari cengkaman hawa nafsu yang merosakkan kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Selagi mana pemikiran kita masih terarah untuk melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT, bermakna kita belum lagi mencapai kemerdekaan yang sebenar-benarnya.

Erti kemerdekaan di dalam pemikiran yang songsang adalah dengan membebaskan diri mereka sebebas-bebasnya dari sebarang bentuk ikatan undang-undang dan keagamaan. Mereka ingin bebas melakukan zina, bebas minum arak, bebas berjudi, lumba haram, rempit dan sebagainya. Bagi mereka, undang-undang dan agama hanyalah menjadi alat oleh pihak-pihak tertentu untuk mengikat kebebasan mereka. Akibat pemikiran yang masih dikuasai oleh nafsu inilah yang menjadikan sesetengah anggota masyarakat pada hari ini kehilangan pedoman dan panduan hidup.

Kemerdekaan hakiki bagi masyarakat Islam pula adalah apabila mereka dapat membebaskan diri daripada pemikiran-pemikiran negatif dan songsang yang telah disebarkan melalui pelbagai media. Akhirnya kita dapati ramai umat Islam pada hari ini memandang Islam sebagai agama yang kolot dan ketinggalan zaman. Mereka menganggap Islam hanya di masjid dan surau. Mereka menganggap Islam tidak mampu menyelesaikan masalah sosial yang berlaku, Islam sebagai agama yang tidak membawa kemajuan kepada umatnya, bahkan mereka juga menganggap Islam sebagai agama yang jumud dan ekstremis. Kesemua tohmahan ini dilontarkan oleh pemikiran dan pemahaman yang lahir hasil dari didikan penjajah sejak berkurun lamanya. Ia tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan untuk merosakkan kehidupan masyarakat Islam.

Seterusnya, di dalam konteks sebuah negara yang merdeka, Islam telah menetapkan bahawa syariat Islam adalah merupakan peraturan dan perundangan tertinggi yang mesti diguna pakai di dalam negara yang ditadbir oleh umat Islam. Para pemimpin pula adalah golongan yang diberikan amanah untuk mendaulatkan agama Islam dan memurnikannya dari sebarang bentuk pengaruh asing.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Haj ayat 41,

"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan".

Pemimpin yang berjiwa merdeka seharusnya membebaskan minda mereka daripada mentaliti yang hanya mengutamakan kepentingan diri sendiri. Sebaliknya keperluan rakyat mestilah diutamakan kerana ia adalah tanggungjawab bagi setiap pemimpin. Sebagai contoh, Saidina Umar al-Khattab merupakan seorang pemimpin yang amat mengambil berat hal kebajikan rakyatnya. Pernah pada suatu malam, ketika mana beliau meronda di sekitar kota, beliau telah terdengar suara tangisan anak-anak kecil. Apabila diselidiki, beliau mendapati anak-anak tersebut menangis kerana kelaparan. Lalu beliau mengambil sendiri gandum di baitul mal dan memasakkan serta menghidangkannya kepada keluarga dhaif tersebut. Inilah contoh pemimpin yang mengutamakan kebajikan rakyat berbanding kepentingan dirinya sendiri.

Seharusnya para pemimpin yang ada pada hari ini juga mempunyai ciri-ciri yang telah ditunjukkan oleh Khalifah Umar al-Khattab. Mereka bukan hanya pandai menjanjikan sesuatu kebaikan kepada rakyatnya sahaja, tetapi apa yang lebih penting ialah menepati segala janji yang telah diberikan.

Sempena menyambut kemerdekaan pada tahun ini, maka tindakan yang perlu kita laksanakan adalah;

Pertama : Marilah kita sama-sama berusaha memerdekakan sepenuhnya minda dan pemikiran kita daripada terus dijajah oleh pemikiran dan pemahaman yang tidak berlandaskan syariat Allah SWT.

Kedua : Marilah kita beramal dengan ajaran Islam yang sebenar.

Ketiga : Berusaha membangunkan sosioekonomi sehingga kita dapat meningkatkan kualiti hidup umat Islam dalam negara ini.

Keempat : Berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran supaya kita dapat menghindari pemikiran yang sesat dan songsang.

(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutilah apa yang telah diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu, dan janganlah kamu menuruti pemimpin-pemimpin selain-Nya. (Tetapi sayang) amatlah sedikit di kalangan kamu mengambil peringatan". (Al-A'raf: 3)

C/P = http://manbaeil-uloom.blogspot.my/2012/09/kemerdekaan-menurut-perspektif-islam.html

Wednesday, September 16, 2015

TUNDUKKAN PANDANGANMU...



Sebuah kisah yang boleh diambil hikmahnya bagi siapa saja yang mau berfikir. Semoga kisah dibawah ini bermanfaat dan  diambil hikmahnya.

Seorang suami mengadukan apa yang ia rasakan kepada seorang Syekh.

Dia berkata, “Ketika aku mengagumi calon istriku seolah-olah dalam pandanganku Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat banyak perempuan seperti dia.Ketika aku sudah menikahinya aku lihat banyak perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan kami, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari pada istriku.”

Syekh berkata, “Apakah kamu mau aku beritahu yang lebih dahsyat dari pada itu dan lebih pahit?”

Lelaki tersebut menjawab, “Iya, mau.”





“Sekalipun kau kawini seluruh perempuan yang ada di dunia ini pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu terlihat lebih cantik dalam pandanganmu daripada mereka semua.”

lelaki tersebut  tersenyum masam, lalu ia berkata, “Kenapa tuan Syekh berkata demikian?”

“Kerana masalahnya terletak bukan pada istrimu. Tapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah, tidak akan ada yang boleh memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan.”

Rasulullah bersabda yang bermaksud


“Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mau bertaubat.”



“Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah. Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan istrimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia ini?”

Laki-laki itu menjawab, “Iya, mau sekali.”

“Tundukkan pandanganmu!!!”

#peluangsentiasaada
#kecantikanhakikihanyapadaAllah

Monday, July 6, 2015

Tenanglah Wahai Hati...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang...


Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, kerana telah memberikan kita ruang dan kesempatan untuk terus berada di bumi yang fana' ini untuk sama-sama  kita berusaha mengislahkan dan memperbaiki diri sebagai persiapan kita untuk menghadapi hari kemudian. saya akan berkongsi sedikit mutiara kata yang mana mudah-mudahan ianya menjadi satu motivasi dan peringatan bersama-sama dalam usaha kita untuk mencari keredhaan dan kasih sayang Allah SWT di muka bumi ini.

InsyaAllah, pada kali ini, marilah sama-sama kita merenungkan semula firman Allah SWT yang bermaksud :

" iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya   dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"  ( surah Ar-Ra'd  ; 28 )



Apabila hati dikuasai iman dan takwa, akan lahirlah kebaikan. Namun, apabila hati dikuasai nafsu, amal yang muncul adalah keburukan. Tidak hairanlah apabila seseorang itu mengalami kegelisahan akan melakukan apa saja di luar batasan akal manusia. Ia berlaku kerana gagal mengawal perasaan serta tidak melihat ALLAH SWT sebagai Yang Maha Kuasa dan Maha Esa. Demikian juga halnya dengan penyakit seperti dengki, dendam dan iri hati yang semuanya berpunca daripada kegelisahan dan tiada ketenangan dalam hati mereka.


KEHIDUPAN pasti ada cabaran, suka dan duka. Tidak bernama kehidupan tanpa cabaran, ia ibarat warna-warni yang menghias diri.
 

Namun, seberat mana masalah yang menimpa, jangan mudah berputus asa. Rahmat dan nikmat ALLAH SWT sentiasa meliputi kita. Sebenarnya tujuan ALLAH SWT menyakitkan adalah bagi menyembuhkan, begitu juga ALLAH SWT menyempitkan adalah untuk meluaskan. Hebatnya perancangan ALLAH SWT bagi menguji hamba-Nya.

ketenangan dan ketenteraman jiwa adalah satu nikmat Allah yang sangat besar dan hanya diberikan kepada hambanya yang terpilih sahaja. ramai orang mengatakan sesuatu ketenangan itu ialah apabila kita berjaya mengumpul seberapa banyak harta, mempunyai rumah yang besar dan sebagainya, tetapi sebenarnya hakikat ketenangan itu adalah sesuatu yang dapat mendekatkan lagi diri kita kepada Allah dan dan rasa ringan untuk melaksanakan dan menyempurnakan ketaatan kepada perintahnya. 

Jiwa yang tenteram adalah jiwa yang banyak mengingati Allah tidak kira di mana juga. Hati yang hidup merupakan hati yang banyak mengingati Allah manakala hati yang mati adalah hati yang payah dan sukar untuk mengingati Allah malah banyak mengingati tentang hal keduniaan semata-mata. 

Apabila manusia berasakan ALLAH SWT begitu dekat dengannya walaupun dibebani dengan masalah, mereka akan segera mendapatkan ketenangan dengan membaca al-Quran, berzikir, bersolat dan melihat keindahan alam ciptaan ALLAH SWT. Inilah ubat ketenangan.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: "(Iaitu) orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingati Allah dengan mengingati ALLAH SWT. Ingatlah (bahawa) dengan mengingati ALLAH SWT itu, tenteramlah segala hati. (Surah al-Ra'd ayat 28).

Hati orang yang beriman itu akan sentiasa tenang dan tenteram kerana mereka mengingati ALLAH SWT. Tidak kira walau mereka ditimpa malapetaka, mereka segera insaf dan melihat kembali kesilapan yang dilakukan agar ia dapat diubah.

Kesenangan hati itu adalah kebahagiaan yang sebenarnya. Dengan itu, Islam amat menitikberatkan tanggungjawab menunaikan solat lima waktu lima kali sehari semalam kerana dengan bersembahyang manusia dapat membersihkan hati dan jiwa.


Sabda Nabi, "Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah". (HR Hadis At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Firman Allah, "Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring." (An-Nisa' 103)

Firman Allah, "Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang." (Al-Ahzab 41-42).


sekian sahaja perkongsian daripada saya, semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang dr Allah.. semoga ada manfaatnya..
#peluangsentiasaada
#ingatAllahseumbarketenanganhakiki

Tuesday, August 20, 2013

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM






Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir, di Syria dan di semua tempat.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.

Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu.

Ya Allah! tepatkanlah bidikan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.

Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.

Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.

Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzalimi di Mesir dan semua tempat.

Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.

Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.

Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.

Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.

Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati musuh Islam.

Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah!

Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin..

ALLAHU RABBI, Ya Allah Rabbul Jalil, jatuhkanlah bala terhadap tentera Al Sisi di Mesir, Bashar di Syria , sokongan Yahudi, Zionis laknatullah. Hancurkanlah mereka yg sangat zalim ini. Cerai beraikanlah mereka yg telah banyak membunuh saudaraku yg x bersalah dgn begitu kejam. Laknat ke atas Bashar, al sisi! Laknat keatas Amerika, Yahudi, Israel zionis,... paling kurang pun Ya Allah, cabutlah dan pecahkan lah uratsaraf setiap mereka ini, agar mereka tidak dapat bergerak untuk membunuh dan menzalimi orang2 Islam Ya Allah 


BERSAMA MENOLAK pakatan JAHAT yahudi, israil, amerika, zionis, & NEGARA Islam yg bersekongkol. jangan jadikan MESIR seperti di Palestin, Iraq dan Libya, Algeria daN Syria SERTA NEGARA ISLAM LAINNYA, kasihanilah orang tua, wanita dan kanak-kanak, Ya ALLAH hancurkan pakatan mereka jangan sampai berbaki kroni mereka seperti burung Ababil hancurkan tentera Abrahah dgn kekuasaan Mu dan tetapkan kemenangan kepada Golongan Islam Sejati dan tetapkan iman kami serta penuh kesabaran dan kami bersatu hati Ya ALLAH Ya Rabbal Alamin... 


Tuesday, July 2, 2013

PEMUDA KELILING



INILAH kisah yang menggetarkan jiwa. Kisah ini terjadi di Tanah Syam. Kisah yang banyak disebut dari mulut ke mulut.

Ini adalah kisah ketaqwaan seorang pemuda. Seorang pemuda yang bekerja sebagai penjual kain keliling. Dia menjaja dari satu daerah ke daerah lain, dari satu kawasan ke kawasan lain, dari lorong ke lorong, dari rumah ke rumah. Dia berkeliling sambil memikul kain dagangannnya. Akhirnya, masyarakat mengenalnya sebagai Si Penjual Kain Keliling.

Di antara kelebihan pemuda ini adalah bentuk tubuhnya yang gagah, kulitnya yang putih, wajahnya yang mempesona, dan keramahannya yang luar biasa. Sehingga, siapa pun yang melihatnya akan terpesona kerananya. Inilah kurnia Allah yang dianugerahkan kepadanya.

Suatu hari, ketika dia sedang berkeliling menjajakan dagangannya, tiba-tiba ada seorang wanita memanggilnya. Dia pun segera menghampiri. Wanita ini menyuruhnya masuk ke dalam rumah. Rumah itu sangat mewah. Agaknya, wanita itu termasuk golongan bangsawan. Begitu masuk rumah, dengan sebuah kelihaian, wanita itu langsung mengunci pintu. Wanita itu sangat terpesona dengan ketampanannya. Wanita itu telah lama tergila-gila padanya. Sudah berkali-kali, diam-diam wanita itu memandangi ketampanannya ketika pemuda itu lewat di depan rumahnya.

Wanita itu berkata, “Duhai pemuda tampan, sebenarnya aku memanggilmu tidak untuk membeli barang denganmu, tapi semata kerana aku sangat mencintaimu. Selama ini aku tergila-gila pada ketampananmu.”

Pada saat itu, tak ada seorang pun di dalam rumah selain mereka berdua. Wanita bangsawan itu dengan penuh harap merayunya untuk berzina. Sang pemuda pun mengingatkannya dan menakutinya akan pedihnya siksa Allah. Namun, semua usahanya sia-sia belaka. Setiap perkataan yang diucapkan pemuda itu, justeru membuat wanita itu semakin menggila dan nekad. Wanita itu justeru semakin ghairah untuk menaklukkan pemuda itu. Namun, pemuda itu berkeras dengan keimanannya. Dia menolak dengan tegas.

Kerana sang pemuda tetap saja menolak, wanita itu mengancam, “Jika kamu tidak menuruti apa yang kuperintahkan, aku akan berteriak sekeras-kerasnya dan mengatakan bahawa ada orang yang masuk ke rumahku dan ingin memperkosaku. Mereka pasti mempercayai ucapanku kerana kedudukkanmu dan kerana kamu telah memasuki rumahku. Akhirnya, kamu akan binasa. Kamu akan dianggap penjahat paling nista. Dan, orang-orang itu pasti marah dan menggantungmu hidup-hidup!”

Wanita itu mengancam denga serius. Pemuda itu terus berfikir bagaimana jalan keluar. Dia tidak mahu maksiat, tapi dia juga tidak mahu mengalami hal yang buruk. Diserapahi orang ramai sebagai seorang penjahat, lalu digantung tanpa ampun, sungguh hal yang sangat menyakitkan. Beberapa detik kemudian, sekonyong-sekonyong terbitlah idea nekadnya. Terkadang, tindakan nekad harus dilawan dengan nekad juga. Sambil tersenyum, dia berkata, “Baiklah. Bolehkah aku ke kamar mandi untuk bersih-bersih dahulu? Lihatlah, tubuhku penuh dengan peluh yang baunya tidak sedap!”

“Oh, tentu saja boleh, aduhai kekasihku dan belahan jiwaku. Sungguh, ini adalah kesempatan luar biasa.”

Sang pemuda pun masuk ke kamar mandi. dia mengatakan itu tadi sekadar untuk menyelamatkan diri sesaat, mencari tempat yang aman untuk berfikir. Sampai di dalam kamar mandi, tubuhnya gementar kerana takut terjatuh pada kemaksiatan. Wanita adalah perangkap syaitan. Tak ada seorang laki-laki dan wanita berduaan, kecuali yang ketiga adalah syaitan.

Dia pasrah kepada Allah. Ya Allah, apa yang mesti aku lakukan?! Berilah hamba-Mu petunjuk, ya Allah. Tiba-tiba tercetus dalam fikirannya, dia bergumam, “Aku tahu, pasti di antara golongan yang akan dapat naungan pada hari tidak ada naungan lagi di hari qiamat adalah seorang pemuda yang diajak berzina oleh seorang wanita cantik dan berkedudukkan, lalu dia mengatakan, ‘Sungguh aku takut pada Allah!’ aku juga tahu bahawa orang yang meninggalkan sesuatu kerana takut pada Allah, maka Allah akan mengantinya dengan yang lebih baik. Tidak sedikit orang yang menurutkan hawa nafsunya, maka dia akan membawa kepada penyesalan sampai akhir hayatnya. Jika aku lakukan kemaksiatan ini, Allah akan menhilangkan cahaya dan kenikmatan dari hatiku. Duhai Tuhan, tidak, tidak! Sekali-kali aku tidak akan melakukannya! Tapi, apa yang harus kuperbuat? Apakah aku harus loncat dari jendela? Hal itu tidaklah mungkin kerana jendela ini terkunci sangat kuat dan sulit sekali membukanya. Kalau begitu, aku harus melumuri tubuhku dengan kotoran. Ya, aku harus melumuri tubuhku dengan kotoran. Semoga jika dia melihatku seperti itu, dia akan merasa jijik, lalu mengusirku.”

Benar saja, dia lalu melumuri seluruh tubuhnya dengan kotorannya. Seluruh rambutnya, mukanya, dada, tangan, dan semuanya. dia sendiri sebenarnya merasa jijik. Bahkan, dia mual dan sempat muntah. Sambil menangis, dia berkata, “Ya Allah, kerana rasa takutku pada-Mu, aku melakukan ini! Maka, gantikanlah untukku dengan yang lebih baik.”

Lalu, dia pun keluar dari kamar mandi. Begitu wanita tersebut melihatnya, dia terkejut bukan main. dia merasa jijik. Dia menjerit dan berteriak dengan keras, “Keluarlah, hai orang gila! Dasar pemuda gila, keluar kau, jangan kau kotori rumahku!”

Dia berjalan keluar dan berpura-pura bertingkah laku seperti orang gila. Sebaik sampai di luar, dia cepat-cepat cari tempat yang aman. Dia takut dilihat orang dan takut mereka akan menghinanya. Jika itu yang terjadi, barang-barang dagangnya pasti tidak laku kerana dia akan dianggap benar-benar gila. Beberapa orang yang melihatnya terhairan-hairan dan mentertawakannya. Dia terus berjalan menuju ke rumahnya lewat jalan yang sepi. Dia merasa sangat lega ketika sampai di rumahnya. Dia langsung melepas pakaiannya dan segera masuk ke kamar mandi untuk membersihkan seluruh tubuhnya.

Ketika dia keluar dari kamar mandi, Allah swat menunjukkan kekuasaannya. Allah menjadikan bau harum yang luar biasa memancar dari seluruh reroma tubuhnya. Bau itu tercium dari jarak beberapa meter. Akhirnya, dia dikenali dengan sebutan “Al-Miski” atau orang yang seharum kasturi.

Demikianlah, kecintaannya kepada kesucian telah mengharumkan jasad dan namanya.