Total Pageviews

Tuesday, March 22, 2011

Hari Ini Milik Kita

Apabila berada diwaktu pagi jgnlah menunggu waktu petang. Kerana hanya hari ini kita mempunyai kesempatan untuk hidup. oleh itu, kita tidak perlulah memikirkan kembali masa lalu yang hanya boleh membawa kecelekaan kepada kita.

Hari ini matahari masih menyinari kita, maka manfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya, dan anggaplah masa kita menyentuh dengan sinaran matahari itu adalah yg terakhir, dan kita tidak lagi mampu merasai nikmat sinaran matahari pada keesokkannya.

Azamkanlah pada hari ini, yang kita akan melakukan suatu perkara itu dengan niat kerana Allah dan penuh keikhlasan, melaksanakan solat dengan khusyuk, membaca dan memahami al-Quran secara mendalam, merenungi keindahan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal,  mempertingkatkan akhlak kita serta sentiasa redha dengan apa yang telah Allah S.W.T  anugerahkan kepada kita semua.

Untuk hari ini, kita mesti membahagikan masa dengan bijak, perbanyakkanlah kebaikan pada hari ini, meminta ampun di atas segala dosa yang telah dilakukan, serta mempersiapkan diri untuk sebuah perjalanan yg panjang menuju ke alam keabadian  dan nikmatilah hari ini dengan segala kesenangan dan kebahagiaan.

Jadikanlah pada hari ini tanpa rasa sedih, marah, dengki, dan benci. kita hendaklah sematkan dalam hati kita dengan slogan yang mampu memberikan inspirasi kepada kita iaitu "Hari ini adalah milik saya".

Jika kita yakin pada diri sendiri, maka dengan keazaman dan semangat yang mantop dan kuat kita akan berpegang kepada prinsip, "masa hidupku adalah hanya hari ini". Prinsip inilah yg akan menyibukkan kita dengan sentiasa mengingati Allah dan selalu memperbaiki kelemahan serta sentiasa membersihkan segala amalan perbuatan kita.

Maka Kita akan berkata dalam hati: 
" hanya pada hri ini aku berkesempatan untuk lakukan kebaikan, pada hari ini aku berkesempatan untuk membuka Facebook serta malayari internet, dan pada hari ini aku berkesempatan untuk memandang wajah ibu dan ayah, dan pada hari ini juga aku berkesempatan melakukan banyak perkara kerana hari ini adalah hari terakhir bagiku. maka aku akan memperelokkan percakapan ku, penglihatanku, pendengaranku dan hatiku.

Kerana hari ini adalah hari terahkirku, maka aku akan berusaha untuk taat kepad Allah , mengerjakan solat wajib dan sunat, berpegang teguh kepada al-Quran, dengan selalu membacanya.

Kerana hari ini adalah hari terakhirku, maka aku akan berusaha untuk melakukan kebaikan kepada orang lain, aku akan menziarahi orang sakit, menolong orang yg memerlukan, menghormati orang yang alim (guru) dan ibu bapa, mengasihi mereka yg menderita dan sebagainya.

Aku hanya akan hidup pada hari ini, maka aku akan mengucapkan " wahai masa lalu yg telah berlalu, tenggelamlah seperti matahrimu. aku tidak akan menangisi pemergianmu dan kamu tidak akan melihatku hanya termenung mengenangkanmu semata-mata. kamu telah meninggalakan kami semua dan pergilah dan jangan pernah kebali lagi,

wahai masa depan, engkau masih di alam ghaib, aku tidak  bermain dengan khayalan dan menjual dr hanya untuk satu jangkaan. aku tidak akan memburu sesuatu yg belum pasti, kerana esok aku mungkin tiada, esok adalh msa depan dan aku hanya mampu merancang dan segala-galanya adalah ditentukan oleh Allah,"

Hari ini adalah milik kita dan ia merupakan suatu ungkapan yg paling indah dalam kamus kebahagiaan bagi mereka yang sentiasa menginginkan kehidupan yg paling indah dan bahagia.

Rujukan: Jangan Bersedih, (Dr. Aidh Abdullah al-Qarni)