Total Pageviews

Tuesday, August 28, 2012

We Love u My Brother...Arwah Mohd Shahrun

Assalamualaikum...w.b.t....
Pada 25.08.2012, Jam 5.30 petang, Bersamaan 7 syawal 1433 H, adik sya Mohd Shahrun telah terlibat dalam kemalangan motosikal bersama abang sya Ronie, yang menyebabkan Kematian adik sy Mohd Shahrun. Kejadian ini menyebabkan suasana gembira menyambut hari lebaran menjadi satu tragedi yang tidak diminta. 

       Arwah yang juga seummur sy lahir pada tahun 1990, telah memberikan banyak kenangan sejak dari kecil lagi. kami sentiasa bersama sejak daripada pra sekolah lagi, hinggalah ke tingkatan tiga di smk keningau dua. Arwah seorang yang baik, rajin, dan suka bergaul dengan ramai orang. Pada hari kejadian tersebut, di awal pagi arwah dan kami sempat lagi bermain game DOTA sampai tengahhari, dan seterusnya pergi ke rumah jiran untuk ke rumah terbuka. selepas itu, bapa mengajak kami untuk pergi ke mengitom bunga raya utntuk melihat orng kahwin. Selepas selesai d sna, kami balik ke rumah untuk tukar kereta kerana mama mau guna kereta, selepas itu, bapa mengajak kami untuk pergi ke kg. kirokot untuk tujuan yg sma iaitu, melihat orng kwen, dan disnalah terjadinya tragedi kemalangan yang tidak diminta. Namun Allah lebih syangkan Arwah, kerana semuanya telah dirancang oleh Allah dan kita sebagai hamba Allah perlu percaya dengan yakin akan Qada' dan Qadar Allah.
        Persoalannya ialah, apakah kita yang masih hidup ini mengambil pengajaran daripada peristiwa yang terjadi. Allah hendak menunjukkan bahawa, Allah boleh megambil nyawa kita dalam apa juga kejadian, sama ada kita sempat bersedia mahupun tidak. Kerana Allah berfirman "Setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati". Bagi mereka yg masih hidup dan melihat kejadian ini sebagai satu pengajaran dan peringatan dari Allah dan berusaha untuk menjadi lebih baik, dan mereka lah yang beruntung, namun amat rugilah yang tidak diberikan kesedaran daripada Allah untuk berubah dan tidak berusaha untuk mencari hikmah disebalik kejadian ini.

       Redhalah dan terimalah pemergian arwah sebagai satu kaehilangan yang amat besar dalam keluarga. kepada pembaca sekalian, maafkanlah kesilapan arwah sekiranya arwah pernah melakukan kesilapan, dan halalkan lah segala-galanya daripada kamu, dan sedekahkan lah doa kepada arwah. Muda-mudahan dengan maaf dari pembaca sekalian akan memudahkan lagi urusan arwah di alam sana. 
          percayalah kita juga akan mati, dan bersiap sedialah untuk menghadapnya. "sesungguhnya kematian  yg kamu lari darpadanya, akan datang menemui kamu...".Sentiasalah bertaubat, kerana kita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, mahupun kepada Allah, juga kepada manusia. Kerana kita tidak tahu bila Allah akan menjemput kita, dan agar hidup kita sentiasa dalam ketenangan. "ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan yang baik, jangan engkau matikan aku dalam kematian yang buruk.." Amin.. semoga kita meperolehi manfaat bersama melalui perkongsian ini. Assalamualaikum, w.b.t..

               Pic Arwah (berbaju hijau) bersama sahabatnya Hanafi