Total Pageviews

Tuesday, June 28, 2011

Peristiwa isra' dan mikraj

Sejarah Perjalanan Israk Mikraj

Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail
dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul
hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian
dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu,
dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai
pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah
dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu
.
Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa)

Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah SAW ditemani oleh malaikat Jibrail dan
Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah)
Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2
rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :

I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah.
III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa AS dilahirkan). Dalam perjalanan itu juga
Rasulullah SAW menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat
menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib, antaranya:-

A. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi
dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail:
Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan
sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
B. Tempat yang berbau harum, Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah
bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan
anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman
ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak
mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
C. Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap
kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula.
Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu: Itulah orang-orang
yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
D. Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur)
dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka
makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail Itulah orangorang
yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
E. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk
sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan
perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu
masing-masing mempunyai isteri dan suami.
F. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail:
Itulah orang yang makan riba.
G. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi
ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang yang tak dapat
menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
H. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan
penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir mereka
kembali seperti biasa. Kata Jibrail: itulah orang yang membuat fitnah dan
mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
I. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Kata Jibrail: Itulah orang yang makan daging manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
J. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat
dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar
(takbur), kemudian menyesal tapi sudah terlambat.
K. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.
Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah
memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan
dunia daripada akhirat.
L. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah
berhenti. Rasulullah SAW tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang
yang mensiakan umurnya sampai tua.
M. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan
sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan
menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke
dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia’,
aulia’ dan mursalin menjadi makmum. Pad suatu tika Rasulullah SAW terasa dahaga,
lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu
diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih,
nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah SAW dan Jibrail naik
tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

a) Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu
jumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang
makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan
kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada
susu penzina perempuan.
b) Langit Kedua: Nabi SAW dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan
bertemu dengan Nabi Isa AS dan Nabi Yahya AS.
c) Langit Ketiga: Baginda naik langit ketiga dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
d) Langit Keempat: Baginda naik tangga keempat dan bertemu dengan Nabi
Idris AS.
e) Langit Kelima: Baginda naik tangga kelima dan bertemu dengan Nabi Harun
AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israel.
f) Langit keenam: Baginda naik tangga langit keenam dan bertemu dengan
nabi-nabi.
g) Seterusnya dengan Nabi Musa AS, Rasulullah mengangkat kepala (disuruh
oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk
70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
h) Langit Ketujuh : Baginda naik tangga langit keyujuh dan masuk langit ketujuh
lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul
Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah SAW Nabi
Ibrahim AS bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini.
Umatmu adalah umat terakhir dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk
umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala
Quwatta Illa Billah. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda :
“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik
tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu :
Subhanallah, Walhamdulillah, Wa La Ila Haillallah Allahuakbar dan La
Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim. Bagi orang yang membaca setiap
kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga.
i) Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail
masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini
betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
j) Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan
pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW menyaksikan pelbagai keajaiban
pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan
sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah
warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas
emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.
k) Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang
terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat
neraka beserta dengan malaikat Malik penunggunya.
l) Tangga kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-
Muntaha. Rasulullah SAW masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan
Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy,
iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu
penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.
m) Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan
Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata
kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan
Muhammad, Rasul-Nya.

Selesai munajat, Rasulullah SAW dibawa menemui Nabi Ibrahim AS kemudian nabi
Musa AS yang kemudiannya menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah S.W.T
agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas
sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan 5 waktu), baginda tidak mahu lagi
merayu kerana malu kepada Allah, dan akhirnya Allah perkenan memfardukan
sembahyang 5 waktu sehari semalam tetapi mengekalkan nilai pahalanya sebanyak
50 waktu juga.
Pengajaran penting daripada Israk dan Mikraj

Menurut Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, menerusi peristiwa berkenaan, kita boleh
fokuskan kepada dua perkara penting, pertama berhubung dengan Masjid al-Aqsa
dan hubungan dengan Masjid al-Haram, kedua mengenai kewajipan solat yang
diserahkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Persoalannya di sini, mengapa Allah
tidak memperjalankan baginda terus ke langit ketujuh, tetapi singgah dahulu di
Masjid al-Aqsa? Ini kerana Allah mahukan agar baginda bertemu dengan para anbiya
terlebih dahulu bagi menyatakan sokongan padu mereka terhadap kerasulan Nabi
Muhammad, di samping mahu baginda singgah di sebuah tempat yang penuh
dengan keberkatan daripada Allah SWT seperti yang disebut dalam ayat pertama
surah al-Israk. Kepimpinan baginda menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat
di kalangan para anbiya, justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka, iaitu
kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu, malah
buat manusia sejagat yang terdiri daripada pelbagai etnik, suku kaum, bangsa yang
menunjukkan kebesaran Allah dalam mencipta makhluk bernama manusia.
Hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu
Muslim yang sayangkan agamanya. Ini kerana dari segi sejarah menunjukkan Masjid
al-Aqsa adalah kiblat pertama umat Islam sebelum berpindah kepada Masjid al-
Haram hingga ke hari ini.
Justeru adalah menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya di kalangan umat
Islam membebaskan Masjid al-Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi-Israel, kerana ia
ada kaitan dengan persoalan akidah mereka. Pengajaran kedua terpenting menerusi
peritiwa Israk dan Mikraj, ialah pelaksanaan ibadat solat lima waktu, ia merupakan
mikraj (lif/tangga) seorang Muslim menghadap Tuhannya, kepentingan solat juga
tidak dapat dipersoal oleh mana-mana individu Muslim, walau apapun jawatan dan
kedudukannya dalam masyarakat. Apabila solat seseorang itu beres dengan
Tuhannya, maka akan bereslah urusan hidupnya yang lain, hubungan roh seorang
muslim itu sangat penting dengan Tuhannya, justeru ia ada kaitan dengan kedua-dua
masjid yang disebutkan di atas. Apabila seseorang itu menunaikan solat dengan
penuh khusuk dan tawaduk, dia seolah-olah sedang berkata-kata dengan Allah, ia
terserlah ketika membaca al-Fatihah tujuh belas kali sehari semalam, untuk
menyatakan munajat dan aduannya kepada Allah bagi memudahkan tugas dan
peranannya untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran. Wallahua’lam.
 

Tuesday, June 7, 2011

Doa diterima dalam 3 keadaan

Allah s.w.t. berfirman dalam al-Quran surah al-Mu'min ayat 60:

"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu. Sesunggugnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dan dina"

Sabda Nabi s.a.w:

“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai” (Riwayat al-Tirmizi)

kepada sahabat-sahabat sekalian, doa kita akan diterima dalam 3 keadaan:

  1. Diperkenankan doanya ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja hajatnya.
  2. Doanya telah diperkenankan, tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberi di hari akhirat.
  3. Doanya telah diperkenankan, tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan dirinya dari bala bencana.
Oleh itu, yakinlah bahawa, kita merancang dan Allah juga merancang, namun Allah s.w.t adalah sebaik-baik perancang...  semoga mendapat manfaat bersama.

Tuesday, March 22, 2011

Hari Ini Milik Kita

Apabila berada diwaktu pagi jgnlah menunggu waktu petang. Kerana hanya hari ini kita mempunyai kesempatan untuk hidup. oleh itu, kita tidak perlulah memikirkan kembali masa lalu yang hanya boleh membawa kecelekaan kepada kita.

Hari ini matahari masih menyinari kita, maka manfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya, dan anggaplah masa kita menyentuh dengan sinaran matahari itu adalah yg terakhir, dan kita tidak lagi mampu merasai nikmat sinaran matahari pada keesokkannya.

Azamkanlah pada hari ini, yang kita akan melakukan suatu perkara itu dengan niat kerana Allah dan penuh keikhlasan, melaksanakan solat dengan khusyuk, membaca dan memahami al-Quran secara mendalam, merenungi keindahan dunia dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal,  mempertingkatkan akhlak kita serta sentiasa redha dengan apa yang telah Allah S.W.T  anugerahkan kepada kita semua.

Untuk hari ini, kita mesti membahagikan masa dengan bijak, perbanyakkanlah kebaikan pada hari ini, meminta ampun di atas segala dosa yang telah dilakukan, serta mempersiapkan diri untuk sebuah perjalanan yg panjang menuju ke alam keabadian  dan nikmatilah hari ini dengan segala kesenangan dan kebahagiaan.

Jadikanlah pada hari ini tanpa rasa sedih, marah, dengki, dan benci. kita hendaklah sematkan dalam hati kita dengan slogan yang mampu memberikan inspirasi kepada kita iaitu "Hari ini adalah milik saya".

Jika kita yakin pada diri sendiri, maka dengan keazaman dan semangat yang mantop dan kuat kita akan berpegang kepada prinsip, "masa hidupku adalah hanya hari ini". Prinsip inilah yg akan menyibukkan kita dengan sentiasa mengingati Allah dan selalu memperbaiki kelemahan serta sentiasa membersihkan segala amalan perbuatan kita.

Maka Kita akan berkata dalam hati: 
" hanya pada hri ini aku berkesempatan untuk lakukan kebaikan, pada hari ini aku berkesempatan untuk membuka Facebook serta malayari internet, dan pada hari ini aku berkesempatan untuk memandang wajah ibu dan ayah, dan pada hari ini juga aku berkesempatan melakukan banyak perkara kerana hari ini adalah hari terakhir bagiku. maka aku akan memperelokkan percakapan ku, penglihatanku, pendengaranku dan hatiku.

Kerana hari ini adalah hari terahkirku, maka aku akan berusaha untuk taat kepad Allah , mengerjakan solat wajib dan sunat, berpegang teguh kepada al-Quran, dengan selalu membacanya.

Kerana hari ini adalah hari terakhirku, maka aku akan berusaha untuk melakukan kebaikan kepada orang lain, aku akan menziarahi orang sakit, menolong orang yg memerlukan, menghormati orang yang alim (guru) dan ibu bapa, mengasihi mereka yg menderita dan sebagainya.

Aku hanya akan hidup pada hari ini, maka aku akan mengucapkan " wahai masa lalu yg telah berlalu, tenggelamlah seperti matahrimu. aku tidak akan menangisi pemergianmu dan kamu tidak akan melihatku hanya termenung mengenangkanmu semata-mata. kamu telah meninggalakan kami semua dan pergilah dan jangan pernah kebali lagi,

wahai masa depan, engkau masih di alam ghaib, aku tidak  bermain dengan khayalan dan menjual dr hanya untuk satu jangkaan. aku tidak akan memburu sesuatu yg belum pasti, kerana esok aku mungkin tiada, esok adalh msa depan dan aku hanya mampu merancang dan segala-galanya adalah ditentukan oleh Allah,"

Hari ini adalah milik kita dan ia merupakan suatu ungkapan yg paling indah dalam kamus kebahagiaan bagi mereka yang sentiasa menginginkan kehidupan yg paling indah dan bahagia.

Rujukan: Jangan Bersedih, (Dr. Aidh Abdullah al-Qarni)

  


Monday, March 21, 2011

Yang lalu biarkan berlalu...

Mengingati masa lalu dan mnghadirkan kembali dalam kehidupan kita, kemudian bersedih dengan kegagalan adalah merupakan suatu tindakan yang kurang baik. Ia samalah seperti membunuh harapan, semangat, dan menghalangi kejayaan di masa depan.

Bagi orang yg berfikir, peristiwa yg lalu yg hanya boleh membawa kegagalan dan kelemahan, tidaklah perlu difikir kembali, kerana peristiwa tersebut sebahagian daripada masla lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

Janganlah kita hidup di dalam mimpi2 buruk masa lalu. selamatkan diri dr bayangan itu, apakah kita menginginkan perkara dan musibah itu berulang kembali? sesungguhnya semua itu hnya akan mengalirkan air mata..

Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana kebahagiaan dan menyebabkan perjuangan yg dilakukan selama ini akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan terbatal.

Bencana dapat menimpa kita jika kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan msa lalu. kita akan boleh mensia-siakan istana yang hendak kita dirikan hanya mempertaruhkan dengan istalah lalu yang telah usang, padahal seandainya seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua perkara yg telah lalu, nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya, kerana semua itu adalah suatu yg mustahil.

Manusia sebenarnya tidak perlu melihat kepada msa lalu ataupun memalingkan wajahnya kebelakang hanya semata-mata untuk mengenangkan kembali kesilapan lalu... kerana masa yg berlalu akan terus berlalu tidak akan menunggu kita, usia kita akan terus menua, dan ajal kita sentiasa memanggil-mangil kita, oleh itu, janganlah kita pernah menyalahkan sunnah kehidupan.