Total Pageviews

Wednesday, July 25, 2012

Solat Dhuha - Kunci Rezeki

Assalamualaikum, kepada pembaca yg disyangi, InsyAllah saya akan berkongsi dengan rakan-rakan pembaca tentang solat dhuha. Solat Dhuha adalah solat yg dikerjakan oleh umat Islam dalam waktu Dhuha iaitu disaat matahari sedang naik (jam 7 pagi) dan biasanya dilakukan dalam 2, 4, 8 dan 12 rakaat. Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”



Antara saranan dan kelebihan daripada Rasulullah tentang Solat Dhuha nie ialah: 


“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi 

Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Niat solat Dhuha...

*Bagi bacaan surah selepas Fatihah, bacalah mana yang termampu.

Doa Solat Dhuha :
"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, 
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, 
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, 
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh"


Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya dan pembaca untuk istiqamah dalam melakukan ibadah kepada-NYA.. Yakinlah apabila kita meminta rezeki dari Allah, Allah pasti akan tunaikannya. cuma persoalannya cepat atau lambat bergantung kepada takdir yang telah ditetapkan oleh-NYA. Sekiranya bukan hari ini, mungkin esok, mingkin minggu depan, mungkin juga tahun depan, dan sekiranya di dunia ini kita tidak perolehinya, yakinlah Allah sudah sediakannya di syurga untuk hambanya yang tidak pernah kenal putus asa terhadap rahmat-NYA. Semoga sedikt perkongsian ini akan mendapat manfaat bersama InsyAllah. 
Assalamualaikum w.b.t. wallahualam.



Sunday, July 22, 2012

Dimanakah Tahap Puasa Kita?



Imam al-Ghazali telah menukil di dalam kitabnya "Ihya’ Ulumiddin" di mana bagi orang berpuasa ada tiga tingkatannya yang menggambarkan tentang keadaan puasa dan kedudukannya iaitu :

Pertama : Puasa Umum 

Ia ditunaikan orang orang awam setakat berpuasa dalam menahan perut dan kemaluan daripada memenuhi nafsu syahwat sedangkan anggotanya yang lain tidak dikawal sebaiknya daripada melakukan maksiat terhadap Allah

Kedua : Puasa Khusus

Ia ditunaikan dengan turut mengawal pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota lain daripada melakukan maksiat terhadap Allah tetapi hatinya masih belum dapat sepenuhnya daripada niat yang melalaikan diri dalam mengingati Allah.

Ketiga : Puasa khusus al-Khusus

Ia adalah puasa yang paling sempurna dan mesti diusahakan dalam mencapainya di mana pada tahap ini maka hati turut dikawal daripada keinginan yang buruk dan daripada memikirkan sesuatu selain Allah secara mutlak. Malah kedudukan puasa pada tahap ini terbatal dengan memikirkan sesuatu perkara selain Allah dan akhirat serta memikirkan urusan dunia yang bukan bertujuan agama. Tahap puasa ini dinikmati oleh para nabi, siddiqin, muqarrabin di mana ia sukar digambarkan melalui perkataan tetapi boleh dilaksanakan dengan amalan.

Begitulah tingkatan puasa yang diklasifikasikan oleh, Imam al-Ghazali. Oleh itu, marilah sama-sama kita pengambil pengajaran, dan tahap puasa mana kah sudah kita mampu capai, agar segala amalan yang kita lakukan akan sentiasa mendapat balasan yang terbaik daripada Allah. Wallahualam...

Kelebihan Bulan Ramadhan

Alhamdulillah. bertemu lagi kita d bulan yang penuh keberkatan nie, sebagaimana Rasulullah Bersabda: 
قَدْ جَاءَ كُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ
""Telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, bulan keberkatan"

Jadikan Ramadhan tahun ini adalah yg terbaik agar kita tidak mensia-sia kannya pergi dengan begitu sahaja.. kerana Rasulullah Bersabda:
"Kalaulah umatku tahu tentang kebaikan bulan ramadhan mereka pasti mengharapkan biarlah ramadhan itu sepanjang tahun" 

Allah telah mewajibkan kita berpuasa melalu firman dalam al-Quran dalam surah al-Baqarah ayat 183:
"Wahai orang-orang yang beriman diwajib kan keatas kamu berpuasa, sebagaiman di wajibkan atas orang-orang yang terdahulu sebelum kamu agar kamu bertaqwa.."

Oleh itu, bagi menyuburkan lagi semangat kita untuk mengidupkah Bulan Ramadhan kali ini, saya berikan beberapa kelebihan bulan Ramadhan untuk sama-sama kita mengambil penghayatan agar Ramadhan kali ini penuh bermakna dan dapat menjadikan kita lebih dekat dengan Allah, serta mendapat keredhaan DaripadaNYA...
  • Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkat, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa'i)
  • Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
  • Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
  • Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi,
  • dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Sebenarnya banyak lagi kelebihan dan ganjaran yang Allah sediakan untuk hambanya, kerana bulan Ramadhan bulan bagi Allah, dan segala amal anak adam adalah khusus untuk Allah dan Allah lah yang membalasnya. Semoga Ramdhan kali ini akan menjadikan kita lebih dekat kepada Allah, amat dihindari kita membiarkan Ramadan berlalu namun dosa kita tidak terampun, kita takut akan semakin jauh dengan Allah.

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban) 

Semoga sedikit perkongsian ilmu ini akan mendapat manfaat bersama, dan sekiranya terdapat kesalahan di atas mohon ditegur. Assalamualaikum...