Total Pageviews

Monday, April 29, 2013

Terima Kasih Posmen..

Bayangkan seorang anak menerima kiriman cek dari ayahnya. dia memluk posmen itu yang menghantar kiriman cek tersebut dan mengucapkan terima kasih berulang-ulang kali...

Dia memuji posmen itu yang membawa cek tersebut. dia menyatakan rasa terhutang budi kepada si posmen. Dia tidak langsung menelefon ayahnya dan berterima kasih atas kiriman cek tersebut...

Spontan kita akan katakan betapa tidak wajarnya si anak ini, di sebalik kegembiraannya, dia sudah lupa kepada pemberi cek yang sebenar...

Hal yang sama berlaku kepada kebanyakan manusia. Manusia sering terlupa, hakikat sebenar pemberi rezeki ialah Allah s.w.t...

Mungkin 'posmen' yang membawa rezeki tersebut ialah suami, ayah, ketua kampung, jiran yang pemurah atau sesiapa sahaja. Hakikat sebenar semua rezeki datang daripada Allah...

Berterima kasihlah kepada manusia dan sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t.. (Solusi 55)