Total Pageviews

Wednesday, October 27, 2010

Open your eye's by Maher Zain

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..
Ku memohon dalam sujudku padaMu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku... Keimananku...

Ku memohon dalam sujudku padaMu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku... Keimananku...

Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya padaMu
Ku pasrahkan...

Oh Tuhan... selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

Star Five-Satu Cinta

Monday, October 25, 2010

Riwayat hidup Imam Syafi'i


PENGENALAN
 
Nama dan Keturunan Imam Al-Shafi’i

Nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin Al-‘Abbas bin ‘Uthman bin Shafi’ bin
Al-Saib bin ‘Ubaid bin Yazid bin Hashim bin ‘Abd al-Muttalib bin ’Abd Manaf bin
Ma’n bin Kilab bin Murrah bin Lu’i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Al-Nadr bin
Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilias bin Al-Nadr bin Nizar bin Ma’d bin
‘Adnan bin Ud bin Udad.
Keturunan beliau bertemu dengan titisan keturunan Rasulullah s.a.w pada ‘Abd
Manaf. Ibunya berasal dari Kabilah Al-Azd, satu kabilah Yaman yang masyhur.
Penghijrahan ke Palestine
Sebelum beliau dilahirkan, keluarganya telah berpindah ke Palestine kerana
beberapa keperluan dan bapanya terlibat di dalam angkatan tentera yang
ditugaskan untuk mengawal perbatasan Islam di sana.

Kelahiran dan Kehidupannya

Menurut pendapat yang masyhur, beliau dilahirkan di Ghazzah – Palestine pada
tahun 150 Hijrah. Tidak lama sesudah beliau dilahirkan bapanya meninggal
dunia. Tinggallah beliau bersama-sama ibunya sebagai seorang anak yatim.
Kehidupan masa kecilnya dilalui dengan serba kekurangan dan kesulitan.

PENGEMBARAAN IMAM AL-SHAFI’I  

Hidup Imam As-Shafi’i (150H – 204H ) merupakan satu siri pengembaraan yang
tersusun di dalam bentuk yang sungguh menarik dan amat berkesan terhadap
pembentukan kriteria ilmiah dan popularitinya.

Al-Shafi’i di Makkah ( 152H – 164H )

Pengembaraan beliau bermula sejak beliau berumur dua tahun lagi (152H), ketika itu beliau dibawa oleh ibunya berpindah dari tempat kelahirannya iaitu dari Ghazzah, Palestine ke Kota Makkah untuk hidup bersama kaum keluarganya di sana. Di kota Makkah kehidupan beliau tidak tetap kerana beliau dihantar ke perkampungan Bani Huzail, menurut tradisi bangsa Arab ketika itu bahawa penghantaran anak-anak muda mereka ke perkampungan tersebut dapat
mewarisi kemahiran bahasa ibunda mereka dari sumber asalnya yang belum lagi
terpengaruh dengan integrasi bahasa-bahasa asing seperti bahasa Parsi dan
sebagainya. Satu perkara lagi adalah supaya pemuda mereka dapat dibekalkan
dengan Al-Furusiyyah (Latihan Perang Berkuda). Kehidupan beliau di peringkat
ini mengambil masa dua belas tahun 
( 152 – 164H ).
Sebagai hasil dari usahanya, beliau telah mahir dalam ilmu bahasa dan sejarah
di samping ilmu-ilmu yang berhubung dengan Al-Quran dan Al-Hadith. Selepas
pulang dari perkampungan itu beliau meneruskan usaha pembelajarannya
dengan beberapa mahaguru di Kota Makkah sehingga beliau menjadi terkenal.
Dengan kecerdikan dan kemampuan ilmiahnya beliau telah dapat menarik
perhatian seorang mahagurunya iaitu Muslim bin Khalid Al-Zinji yang
mengizinkannya untuk berfatwa sedangkan umur beliau masih lagi di peringkat
remaja iaitu lima belas tahun.

Al-Shafi’i di Madinah ( 164H – 179H )

Sesudah itu beliau berpindah ke Madinah dan menemui Imam Malik. Beliau
berdamping dengan Imam Malik di samping mempelajari ilmunya sehinggalah
Imam Malik wafat pada tahun 179H, iaitu selama lima belas tahun.
Semasa beliau bersama Imam Malik hubungan beliau dengan ulama-ulama lain
yang menetap di kota itu dan juga yang datang dari luar berjalan dengan baik
dan berfaedah. Dari sini dapatlah difahami bahawa beliau semasa di Madinah
telah dapat mewarisi ilmu bukan saja dari Imam Malik tetapi juga dari ulama-
ulama lain yang terkenal di kota itu.

Al-Shafi’i di Yaman ( 179H – 184H )

Apabila Imam Malik wafat pada tahun 179H, kota Madinah diziarahi oleh
Gabenor Yaman. Beliau telah dicadangkan oleh sebahagian orang-orang
Qurasyh Al-Madinah supaya mencari pekerjaan bagi Al-Shafi’i. Lalu beliau
melantiknya menjalankan satu pekerjaan di wilayah Najran.
Sejak itu Al-Shafi’i terus menetap di Yaman sehingga berlaku pertukaran
Gabenor wilayah itu pada tahun 184H. Pada tahun itu satu fitnah ditimbulkan
terhadap diri Al-Shafi’i sehingga beliau dihadapkan ke hadapan Harun Al-Rashid
di Baghdad atas tuduhan Gabenor baru itu yang sering menerima kecaman Al-
Shafi’i kerana kekejaman dan kezalimannya. Tetapi ternyata bahawa beliau tidak
bersalah dan kemudiannya beliau dibebaskan.

Al-Shafi’i di Baghdad ( 184H – 186H )

Peristiwa itu walaupun secara kebetulan, tetapi membawa erti yang amat besar kepada Al-Shafi’i kerana pertamanya, ia berpeluang menziarahi kota Baghdad
yang terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan dan para ilmuan pada ketika itu.
Keduanya, ia berpeluang bertemu dengan Muhammad bin Al-Hassan Al-
Shaibani, seorang tokoh Mazhab Hanafi dan sahabat karib Imam Abu Hanifah
dan lain-lain tokoh di dalam Mazhab Ahl al-Ra’y.
Dengan peristiwa itu terbukalah satu era baru dalam siri pengembaraan Al-Imam
ke kota Baghdad yang dikatakan berlaku sebanyak tiga kali sebelum beliau
berpindah ke Mesir.
Dalam pengembaraan pertama ini Al-Shafi’i tinggal di kota Baghdad sehingga
tahun 186H. Selama masa ini (184 – 186H) beliau sempat membaca kitab-kitab
Mazhab Ahl al-Ra’y dan mempelajarinya, terutamanya hasil tulisan Muhammad
bin Al-Hassan Al-Shaibani, di samping membincanginya di dalam beberapa
perdebatan ilmiah di hadapan Harun Al-Rashid sendiri.

Al-Shafi’i di Makkah ( 186H – 195H )

Pada tahun 186H, Al-Shafi’i pulang ke Makkah membawa bersamanya hasil
usahanya di Yaman dan Iraq dan beliau terus melibatkan dirinya di bidang
pengajaran. Dari sini muncullah satu bintang baru yang berkerdipan di ruang
langit Makkah membawa satu nafas baru di bidang fiqah, satu nafas yang bukan
Hijazi, dan bukan pula Iraqi dan Yamani, tetapi ia adalah gabungan dari ke
semua aliran itu. Sejak itu menurut pendapat setengah ulama, lahirlah satu
Mazhab Fiqhi yang baru yang kemudiannya dikenali dengan Mazhab Al-Shafi’i.
Selama sembilan tahun (186 – 195H) Al-Shafi’i menghabiskan masanya di kota
suci Makkah bersama-sama para ilmuan lainnya, membahas, mengajar,
mengkaji di samping berusaha untuk melahirkan satu intisari dari beberapa aliran
dan juga persoalan yang sering bertentangan yang beliau temui selama masa
itu.

Al-Shafi’i di Baghdad ( 195H – 197H )

Dalam tahun 195H, untuk kali keduanya Al-Shafi’i berangkat ke kota Baghdad.
Keberangkatannya kali ini tidak lagi sebagai seorang yang tertuduh, tetapi
sebagai seorang alim Makkah yang sudah mempunyai personaliti dan aliran
fiqah yang tersendiri. Catatan perpindahan kali ini menunjukkan bahawa beliau
telah menetap di negara itu selama dua tahun (195 – 197H).
Di dalam masa yang singkat ini beliau berjaya menyebarkan “Method Usuli” yang
berbeza dari apa yang dikenali pada ketika itu. Penyebaran ini sudah tentu
menimbulkan satu respon dan reaksi yang luarbiasa di kalangan para ilmuan
yang kebanyakannya adalah terpengaruh dengan method Mazhab Hanafi yang
disebarkan oleh tokoh utama Mazhab itu, iaitu Muhammad bin Al-Hasan Al-
Shaibani.

Kata Al-Karabisi : “Kami sebelum ini tidak kenal apakah (istilah) Al-Kitab, Al-
Sunnah dan Al-Ijma’, sehinggalah datangnya Al-Shafi’i, beliaulah yang
menerangkan maksud Al-Kitab, Al-Sunnah dan Al-Ijma’”.
Kata Abu Thaur : “Kata Al-Shafi’i : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menyebut (di
dalam kitab-Nya) mengenai sesuatu maksud yang umum tetapi Ia menghendaki
maksudnya yang khas, dan Ia juga telah menyebut sesuatu maksud yang khas
tetapi Ia menghendaki maksudnya yang umum, dan kami (pada ketika itu) belum
lagi mengetahui perkara-perkara itu, lalu kami tanyakan beliau …”
Pada masa itu juga dikatakan beliau telah menulis kitab usulnya yang pertama
atas permintaan ‘Abdul Rahman bin Mahdi, dan juga beberapa penulisan lain
dalam bidang fiqah dan lain-lain.

Al-Shafi’i di Makkah dan Mesir ( 197H – 204H )

Sesudah dua tahun berada di Baghdad (197H) beliau kembali ke Makkah. Pada
tahun 198H, beliau keluar semula ke Baghdad dan tinggal di sana hanya
beberapa bulan sahaja. Pada awal tahun 199H, beliau berangkat ke Mesir dan
sampai ke negara itu dalam tahun itu juga. Di negara baru ini beliau menetap
sehingga ke akhir hayatnya pada tahun 204H.

FATWA-FATWA IMAM AL-SHAFI’I 
 
Perpindahan beliau ke Mesir mengakibatkan satu perubahan besar dalam Mazhabnya. Kesan perubahan ini melibatkan banyak fatwanya semasa beliau di Baghdad turut sama berubah. Banyak kandungan kitab-kitab fiqahnya yang beliau hasilkan di Baghdad disemak semula dan diubah. Dengan ini terdapat dua fatwa bagi As-Shafi’i, fatwa lama dan fatwa barunya. Fatwa lamanya ialah segala fatwa yang diucapkan atau ditulisnya semasa beliau berada di Iraq, fatwa barunya ialah fatwa yang diucapkan atau ditulisnya semasa beliau berada di Mesir. Kadang-kadang dipanggil fatwa lamanya dengan Mazhabnya yang lama atau Qaul Qadim dan fatwa barunya dinamakan dengan Mazhab barunya atau Qaul Jadid. Di sini harus kita fahami bahawa tidak kesemua fatwa barunya menyalahi fatwa lamanya dan tidak pula kesemua fatwa lamanya dibatalkannya, malahan ada di antara fatwa barunya yang menyalahi fatwa lamanya dan ada juga yang bersamaan dengan yang lama. Kata Imam Al-Nawawi : “Sebenarnya sebab dikatakan kesemua fatwa lamanya itu ditarik kembali dan tidak diamalkannya hanyalah berdasarkan kepada ghalibnya sahaja”. Imam As-Shafi’i pulang ke pangkuan Ilahi pada tahun 204H, tetapi kepulangannya itu tidaklah mengakibatkan sebarang penjejasan terhadapperkembangan aliran Fiqhi dan Usuli yang diasaskannya. Malahan asas itu disebar dan diusaha-kembangkan oleh para sahabatnya yang berada di Al-Hijaz,
Iraq dan Mesir.
 
PERKEMBANGAN MAZHAB IMAM AL-SHAFI’I 
 
Menurut Ibn Al-Subki bahawa Mazhab Al-Shafi’I telah berkembang dan menjalar
pengaruhnya di merata-rata tempat, di kota dan di desa, di seluruh rantau
negara Islam. Pengikut-pengikutnya terdapat di Iraq dan kawasan-kawasan
sekitarnya, di Naisabur, Khurasan, Muru, Syria, Mesir, Yaman, Hijaz, Iran dan di
negara-negara timur lainnya hingga ke India dan sempadan negara China.
Penyebaran yang sebegini meluas setidak-tidaknya membayangkan kepada kita
sejauh mana kewibawaan peribadi Imam Al-Shafi’i sebagai seorang tokoh ulama
dan keunggulan Mazhabnya sebagai satu-satunya aliran fiqah yang mencabar
aliran zamannya. 

IMAM AL-SHAFI’I DAN PENULISANNYA

Permulaan Mazhabnya

Sebenarnya penulisan Imam Al-Shafi’i secara umumnya mempunyai pertalian
yang rapat dengan pembentukan Mazhabnya. Menurut Muhammad Abu Zahrah
bahawa pwmbentukan Mazhabnya hanya bermula sejak sekembalinya dari
kunjungan ke Baghdad pada tahun 186H. Sebelum itu Al-Shafi’i adalah salah
seorang pengikut Imam Malik yang sering mempertahankan pendapatnya dan
juga pendapat fuqaha’ Al-Madinah lainnya dari kecaman dan kritikan fuqaha’ Ahl
Al-Ra’y. Sikapnya yang sebegini meyebabkan beliau terkenal dengan panggilan
“Nasir Al-Hadith”.
Detik terawal Mazhabnya bermula apabila beliau membuka tempat
pengajarannya (halqah) di Masjid Al-Haram. Usaha beliau dalam
memperkembangkan Mazhabnya itu bolehlah dibahagikan kepada 3 peringkat :

1. Peringkat Makkah (186 – 195H)
2. Peringkat Baghdad (195 – 197H)
3. Peringkat Mesir (199 – 204H)
 
Dalam setiap peringkat diatas beliau mempunyai ramai murid dan para pengikut
yang telah menerima dan menyebar segala pendapat ijtihad dan juga hasil kajiannya.

Penulisan Pertamanya 
 
Memang agak sulit untuk menentukan apakah kitab pertama yang dihasilkan
oleh Al-Shafi’i dan di mana dan selanjutnya apakah kitab pertama yang
dihasilkannya dalam Ilmu Fiqah dan di mana? Kesulitan ini adalah berpunca dari
tidak adanya keterangan yang jelas mengenai kedua-dua perkara tersebut.
Pengembaraannya dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan pulangnya
semula ke tempat awalnya tambah menyulitkan lagi untuk kita menentukan di
tempat mana beliau mulakan usaha penulisannya.
Apa yang kita temui – sesudah kita menyemak beberapa buah kitab lama dan
baru yang menyentuh sejarah hidupnya, hanya beberapa tanda yang
menunjukkan bahawa kitabnya “Al-Risalah” adalah ditulis atas permintaan ‘Abdul
Rahman bin Mahdi, iaitu sebuah kitab di dalam Ilmu Usul, pun keterangan ini
tidak juga menyebut apakah kitab ini merupakan hasil penulisannya yang
pertama atau sebelumnya sudah ada kitab lain yang dihasilkannya. Di samping
adanya pertelingkahan pendapat di kalangan ‘ulama berhubung dengan tempat
di mana beliau menghasilkan penulisan kitabnya itu. Ada pendapat yang
mengatakan bahawa beliau menulisnya sewaktu beliau berada di Makkah dan
ada juga pendapat yang mengatakan bahawa beliau menulisnya ketika berada di
Iraq.
Kata Ahmad Muhammad Shakir : “Al-Shafi’I telah mengarang beberapa buah
kitab yang jumlahnya agak besar, sebahagiannya beliau sendiri yang
menulisnya, lalu dibacakannya kepada orang ramai. Sebahagiannya pula beliau
merencanakannya sahaja kepada para sahabatnya. Untuk mengira bilangan
kitab-kitabnya itu memanglah sukar kerana sebahagian besarnya telahpun
hilang. Kitab-kitab itu telah dihasilkan penulisannya ketika beliau berada di
Makkah, di Baghdad dan di Mesir”.
Kalaulah keterangan di atas boleh dipertanggungjawabkan maka dapatlah kita
membuat satu kesimpulan bahawa Al-Shafi’i telah memulakan siri penulisannya
sewaktu beliau di Makkah lagi, dan kemungkinan kitabnya yang pertama yang
dihasilkannya ialah kitab “Al-Risalah”.
Al-Hujjah Dan Kitab-kitab Mazhab Qadim
Di samping “Al-Risalah” terdapat sebuah kitab lagi yang sering disebut-sebut
oleh para ulama sebagai sebuah kitab yang mengandungi fatwa Mazhab 
Qadimnya iaitu “Al-Hujjah”. Pun keterangan mengenai kitab ini tidak
menunjukkan bahawa ia adalah kitab pertama yang di tulis di dala bidang Ilmu
Fiqah semasa beliau berada di Iraq, dan masa penulisannya pun tidak begitu
jelas. Menurut beberapa keterangan, beliau menghasilkannya sewaktu beliau
berpindah ke negara itu pada kali keduanya, iaitu di antara tahun-tahun 195 –
197H.
Bersama-sama “Al-Hujjah” itu terdapat beberapa buah kitab lain di dalam Ilmu
Fiqah yang beliau hasilkan sendiri penulisannya atau beliau merencanakannya
kepada para sahabatnya di Iraq, antaranya seperti kitab-kitab berikut :-

1. Al-Amali
2. Majma’ al-Kafi
3. ‘Uyun al-Masa’il
4. Al-Bahr al-Muhit
5. Kitab al-Sunan
6. Kitab al-Taharah
7. Kitab al-Solah
8. Kitab al-Zakah
9. Kitab al-Siam
10. Kitab al-Haj
11. Bitab al-I’tikaf
12. Kitab al-Buyu’
13. Kitab al-Rahn
14. Kitab al-Ijarah
15. Kitab al-Nikah
16. Kitab al-Talaq
17. Kitab al-Sadaq
18. Kitab al-Zihar
19. Kitab al-Ila’
20. Kitab al-Li’an
21. Kitab al-Jirahat
22. Kitab al-Hudud
23. Kitab al-Siyar
24. Kitab al-Qadaya
25. Kitab Qital ahl al-Baghyi
26. Kitab al-‘Itq dan lain-lain


Setengah perawi pula telah menyebut bahawa kitab pertama yang dihasilkan
oleh Al-Shafi’i adalah di dalam bentuk jawapan dan perdebatan, iaitu satu penulisan yang dituju khas kepada fuqaha’ ahl al-Ra’y sebagai menjawab
kecaman-kecaman mereka terhadap Malik dan fuqaha’ Al-Madinah. Kenyataan
mereka ini berdasarkan kepada riwayat Al-Buwaiti : “Kata Al-Shafi’i : Ashab Al-
Hadith (pengikut Imam Malik) telah berhimpun bersama-sama saya. Mereka
telah meminta saya menulis satu jawapan terhadap kitab Abu Hanifah. Saya
menjawab bahawa saya belum lagi mengetahui pendapat mereka, berilah
peluang supaya dapat saya melihat kitab-kitab mereka. Lantas saya meminta
supaya disalinkan kitab-kitab itu.Lalu disalin kitab-kitab Muhammad bin Al-Hasan
untuk (bacaan) saya. Saya membacanya selama setahun sehingga saya dapat
menghafazkan kesemuanya. Kemudian barulah saya menulis kitab saya di
Baghdad.
Kalaulah berdasarkan kepada keterangan di atas, maka kita pertama yang
dihasilkan oleh Al-Shafi’i semasa beliau di Iraq ialah sebuah kitab dalam bentuk
jawapan dan perdebatan, dan cara penulisannya adalah sama dengan cara
penulisan ahl al-Ra’y. Ini juga menunjukkan bahawa masa penulisannya itu lebih
awal dari masa penulisan kitab “Al-Risalah”, iaitu di antara tahun-tahun 184 –
186H.


Method Penulisan Kitab-Kitab Qadim 
 
Berhubung dengan method penulisan kitab “Al-Hujjah” dan lain-lain belum dapat
kita pastikan dengan yakin kerana sikap asalnya tida kita temui, kemungkinan
masih lagi ada naskah asalnya dan kemungkinan juga ianya sudah hilang atau
rosak dimakan zaman. Walaubagaimanapun ia tidak terkeluar – ini hanya satu
kemungkinan sahaja – dari method penulisan zamannya yang dipengaruhi
dengan aliran pertentangan mazhab-mazhab fuqaha’ di dalam beberapa
masalah, umpamanya pertentangan yang berlaku di antara mazhab beliau
dengan Mazhab Hanafi da juga Mazhab Maliki. Keadaan ini dapat kita lihat
dalam penulisan kitab “Al-Um” yang pada asalnya adalah kumpulan dari
beberapa buah kitab Mazhab Qadimnya. Setiap kitab itu masing-masing
membawa tajuknya yang tersendiri, kemudian kita itu pula dipecahkan kepada
bab-bab kecil yang juga mempunyai tajuk-tajuk yang tersendiri. Di dalam setiap
bab ini dimuatkan dengan segala macam masalah fiqah yang tunduk kepada
tajuk besar iaitu tajuk bagi sesuatu kitab, umpamanya kitab “Al-Taharah”, ia
mengandungi tiga puluh tujuh tajuk bab kecil, kesemua kandungan bab-bab itu
ada kaitannya dengan Kitab “Al-Taharah”.

Perawi Mazhab Qadim

Ramai di antara para sahabatnya di Iraq yang meriwayat fatwa qadimnya, di
antara mereka yang termasyhur hanya empat orang sahaja :

1. Abu Thaur, Ibrahim bin Khalid yang wafat pada tahun 240H.
2. Al-Za’farani, Al-Hasan bin Muhammad bin Sabah yang wafat pada tahun
260H.
3. Al-Karabisi, Al-Husain bin ‘Ali bin Yazid, Abu ‘Ali yang wafat pada tahun 245H.
4. Ahmad bin Hanbal yang wafat pada tahun 241H.

Menurut Al-Asnawi, Al-Shafi’i adalah ‘ulama’ pertama yang hasil penulisannya
meliputi banyak bab di dalam Ilmu Fiqah. 
 
Perombakan Semula Kitab-kitab Qadim

Perpindahan beliau ke Mesir pada tahun 199H menyebabkan berlakunya satu
rombakan besar terhadap fatwa lamanya. Perombakan ini adalah berpunca dari
penemuan beliau dengan dalil-dalil baru yang belum ditemuinya selama ini, atau
kerana beliau mendapati hadis-hadis yang sahih yang tidak sampai ke
pengetahuannya ketika beliau menulis kitab-kitab qadimnya, atau kerana hadis-
hadis itu terbukti sahihnya sewaktu beliau berada di Mesir sesudah
kesahihannya selama ini tidak beliau ketahui. Lalu dengan kerana itu beliau telah
menolak sebahagian besar fatwa lamanya dengan berdasarkan kepada
prinsipnya : “Apabila ditemui sesebuah hadis yang sahih maka itulah Mazhab
saya”. Di dalam kitab “Manaqib Al-Shafi’i”, Al-Baihaqi telah menyentuh nama beberapa
buah kitab lama (Mazhab Qadim) yang disemak semula oleh Al-Shafi’i dan
diubah sebahagian fatwanya, di antara kitab-kitab itu ialah :-


1. Al-Risalah
2. Kitab al-Siyam
3. Kitab al-Sadaq
4. Kitab al-Hudud
5. Kitab al-Rahn al-Saghir
6. Kitab al-Ijarah
7. Kitab al-Jana’iz

Menurut Al-Baihaqi lagi Al-shafi’i telah menyuruh supaya dibakar kitab-kitab
lamanya yang mana fatwa ijtihadnya telah diubah.
Catatan Al-Baihaqi itu menunjukkan bahawa Al-Shafi’i melarang para sahabatnya
meriwayat pendapat-pendapat lamanya yang ditolak kepada orang ramai.

Walaupun begitu kita masih menemui pendapat-pendapat itu berkecamuk di
sana-sini di dalam kitab-kitab fuqaha’ mazhabnya samada kitab-kitab yang ditulis
fuqaha’ yang terdahulu atau pun fuqaha’ yang terkemudian. Kemungkinan hal ini
berlaku dengan kerana kitab-kitab lamanya yang diriwayatkan oleh Al-Za’farani,
Al-Karabisi dan lain-lain sudah tersebar dengan luasnya di Iraq dan diketahui
umum, terutamanya di kalangan ulama dan mereka yang menerima pendapat-
pendapatnya itu tidak mengetahui larangan beliau itu.
Para fuqaha’ itu bukan sahaja mencatat pendapat-pendapat lamanya di dalam
penulisan mereka, malah menurut Al-Nawawi ada di antara mereka yang berani
mentarjihkan pendapat-pendapat itu apabila mereka mendapatinya disokong
oleh hadis-hadis yang sahih.
Pentarjihan mereka ini tidak pula dianggap menentangi kehendak Al-Shafi’i,
malahan itulah pendapat mazhabnya yang berdasarkan kepada prinsipnya :
“Apabila ditemui sesebuah hadis yang sahih maka itulah mazhab saya”.
Tetapi apabila sesuatu pendapat lamanya itu tidak disokong oleh hadis yang
sahih kita akan menemui dua sikap di kalangan fuqaha’ Mazhab Al-Shafi’i :-
Pertamanya : Pendapat itu harus dipilih dan digunakan oleh seseorang mujtahid
Mazhab Al-Shafi’i atas dasar ia adalah pendapat Al-Shafi’i yang tidak
dimansuhkan olehnya, kerana seseorang mujtahid (seperti Al-Shafi’i) apabila ia
mengeluarkan pendapat barumya yang bercanggah dengan pendapat lamanya
tidaklah bererti bahawa ia telah menarik pendapat pertamanya, bahkan di dalam
masalah itu dianggap mempunyai dua pendapatnya.
Keduanya : Tidak harus ia memilih pendapat lama itu. Inilah pendapat jumhur
fuqaha’ Mazhab Al-Shafi’i kerana pendapat lama dan baru adalah dua
pendapatnya yang bertentangan yang mustahil dapat diselaraskan kedua-
duanya.


Kitab-kitab Mazhab Jadid 
 
Di antara kitab-kitab yang beliau hasilkan penulisannya di Mesir atau beliau
merencanakannya kepada para sahabatnya di sana ialah :-
i. Al-Risalah. Kitab ini telah ditulis buat pertama kalinya sebelum beliau
berpeindah ke Mesir.
ii. Beberapa buah kitab di dalam hukum-hukum furu’ yang terkandung di dalam
kitab “Al-Um”, seperti :-

a) Di dalam bab Taharah :

1. Kitab al-Wudu’
2. Kitab al-Tayammum

3. Kitab al-Taharah
4. Kitab Masalah al-Mani
5. Kitab al-Haid


B) Di dalam bab Solah :


6. Kitab Istiqbal al-Qiblah
7. Kitab al-Imamah
8. Kitab al-Jum’ah
9. Kitab Solat al-Khauf
10. Kitab Solat al-‘Aidain
11. Kitab al-Khusuf
12. Kitab al-Istisqa’
13. Kitab Solat al-Tatawu’
14. Al-Hukm fi Tarik al-Solah
15. Kitab al-Jana’iz
16. Kitab Ghasl al-Mayyit


c) Di dalam bab Zakat :


17. Kitab al-Zakah
18. Kitab Zakat Mal al-Yatim
19. Kitab Zakat al-Fitr
20. Kitab Fard al-Zakah
21. Kitab Qasm al-Sadaqat


d) Di dalam bab Siyam (Puasa) :


22. Kitab al-Siyam al-Kabir
23. Kitab Saum al-Tatawu’
24. Kitab al-I’tikaf


e) Di dalam bab Haji :


25. Kitab al-Manasik al-Kabi

26. Mukhtasar al-Haj al-Kabir
27. Mukhtasar al-Haj al-Saghir


f) Di dalam bab Mu’amalat :


28. Kitab al-Buyu’
29. Kitab al-Sarf
30. Kitab al-Salam
31. Kitab al-Rahn al-Kabir
32. Kitab al-Rahn al-Saghir
33. Kitab al-Taflis
34. Kitab al-Hajr wa Bulugh al-Saghir
35. Kitab al-Sulh
36. Kitab al-Istihqaq

37. Kitab al-Himalah wa al-Kafalah
38. Kitab al-Himalah wa al-Wakalah wa al-Sharikah
39. Kitab al-Iqrar wa al-Mawahib
40. Kitab al-Iqrar bi al-Hukm al-Zahir
41. Kitab al-Iqrar al-Akh bi Akhihi
42. Kitab al-‘Ariah
43. Kitab al-Ghasb
44. Kitab al-Shaf’ah


g) Di dalam bab Ijarat (Sewa-menyewa) :


45. Kitab al-Ijarah
46. Kitab al-Ausat fi al-Ijarah
47. Kitab al-Kara’ wa al-Ijarat
48. Ikhtilaf al-Ajir wa al-Musta’jir
49. Kitab Kara’ al-Ard
50. Kara’ al-Dawab
51. Kitab al-Muzara’ah
52. Kitab al-Musaqah
53. Kitab al-Qirad
54. Kitab ‘Imarat al-Aradin wa Ihya’ al-Mawat


h) Di dalam bab ‘Ataya (Hadiah-menghadiah) :


55. Kitab al-Mawahib
56. Kitab al-Ahbas
57. Kitab al-‘Umra wa al-Ruqba


i) Di dalam bab Wasaya (Wasiat) :


58. Kitab al-Wasiat li al-Warith
59. Kitab al-Wasaya fi al-‘Itq
60. Kitab Taghyir al-Wasiah
61. Kitab Sadaqat al-Hay’an al-Mayyit

62. Kitab Wasiyat al-Hamil

j) Di dalam bab Faraid dan lain-lain :


63. Kitab al-Mawarith
64. Kitab al-Wadi’ah
65. Kitab al-Luqatah
66. Kitab al-Laqit


k) Di dalam bab Nikah :


67. Kitab al-Ta’rid bi al-Khitbah
68. Kitab Tahrim al-Jam’i
69. Kitab al-Shighar
70. Kitab al-Sadaq

71. Kitab al-Walimah
72. Kitab al-Qism
73. Kitab Ibahat al-Talaq
74. Kitab al-Raj’ah
75. Kitab al-Khulu’ wa al-Nushuz
76. Kitab al-Ila’
77. Kitab al-Zihar
78. Kitab al-Li’an
79. Kitab al-‘Adad
80. Kitab al-Istibra’
81. Kitab al-Rada’
82. Kitab al-Nafaqat


l) Di dalam bab Jirah (Jenayah) :


83. Kitab Jirah al-‘Amd
84. Kitab Jirah al-Khata’ wa al-Diyat
85. Kitab Istidam al-Safinatain
86. Al-Jinayat ‘ala al-Janin
87. Al-Jinayat ‘ala al-Walad
88. Khata’ al-Tabib
89. Jinayat al-Mu’allim
90. Jinayat al-Baitar wa al-Hujjam
91. Kitab al-Qasamah
92. Saul al-Fuhl


m) Di dalam bab Hudud :


93. Kitab al-Hudud
94. Kitab al-Qat’u fi al-Sariqah
95. Qutta’ al-Tariq
96. Sifat al-Nafy
97. Kitab al-Murtad al-Kabir

98. Kitab al-Murtad al-Saghir
99. Al-Hukm fi al-Sahir
100. Kitab Qital ahl al-Baghy


n) Di dalam bab Siar dan Jihad :


101. Kitab al-Jizyah
102. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Auza’i
103. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Waqidi
104. Kitab Qital al-Mushrikin
105. Kitab al-Asara wa al-Ghulul
106. Kitab al-Sabq wa al-Ramy

107. Kitab Qasm al-Fai’ wa al-Ghanimah

o) Di dalam bab At’imah (Makan-makanan) :


108. Kitab al-Ta’am wa al-Sharab
109. Kitab al-Dahaya al-Kabir
110. Kitab al-Dahaya al-Saghir
111. Kitab al-Said wa al-Dhabaih
112. Kitab Dhabaih Bani Israil
113. Kitab al-Ashribah


p) Di dalam bab Qadaya (Kehakiman) :


114. Kitab Adab al-Qadi
115. Kitab al-Shahadat
116. Kitab al-Qada’ bi al-Yamin ma’a al-Shahid
117. Kitab al-Da’wa wa al-Bayyinat
118. Kitab al-Aqdiah
119. Kitab al-Aiman wa al-Nudhur


q) Di dalam bab ‘Itq (Pembebasan) dan lain-lain :


120. Kitab al-‘Itq
121. Kitab al-Qur’ah
122. Kitab al-Bahirah wa al-Sa’ibah
123. Kitab al-Wala’ wa al-Half
124. Kitab al-Wala’ al-Saghir
125. Kitab al-Mudabbir
126. Kitab al-Mukatab
127. Kitab ‘Itq Ummahat al-Aulad
128. Kitab al-Shurut


Di samping kitab-kitab di atas ada lagi kitab-kitab lain yang disenaraikan oleh al- Baihaqi sebagai kitab-kitab usul, tetapi ia juga mengandungi hukum-hukum furu’, seperti :-
 
1. Kitab Ikhtilaf al-Ahadith
2. Kitab Jima’ al-Ilm
3. Kitab Ibtal al-Istihsan
4. Kitan Ahkam al-Qur’an
5. Kitab Bayan Fard al-Lah, ‘Azza wa Jalla
6. Kitab Sifat al-Amr wa al-Nahy
7. Kitab Ikhtilaf Malik wa al-Shafi’i
8. Kitab Ikhtilaf al-‘Iraqiyin
9. Kitab al-Rad ‘ala Muhammad bin al-Hasan

10. Kitab ‘Ali wa ‘Abdullah
11. Kitab Fada’il Quraysh 
 
Ada sebuah lagi kitab al-Shafi’i yang dihasilkannya dalam Ilmu Fiqah iaitu “al-
Mabsut”. Kitab ini diperkenalkan oleh al-Baihaqi dan beliau menamakannya
dengan “al-Mukhtasar al-Kabir wa al-Manthurat”, tetapi pada pendapat setengah
ulama kemungkinan ia adalah kitab “al-Um”.

P/s:  http://www.scribd.com/doc/127224/Tokoh-Muslim-Imam-Syafii 

Thursday, October 21, 2010

aku dan rakan2 seperjuangan ku.

Salam...

sekarang ne sy belajar di ikmas, pld-ikmas.. program berkembar antara Pusat Latihan Dakwah Keningau n Institut Kemahiran Islam Malaysia.. sy dan kwn2 30 org adalah first batch bg program ini, n kami adalah pelajar daripada Pldk... 


erm..pic yg kat atas tu, adalah salah satu pemandangan bg pldk, tptnya mmg best n cantik... skrng ne, nk citer sal kami mule2 msauk kat pld hr tu? sy n kwn2 masuk pld thun 2007, kira lama udahlah kan, skrng ne dah 2010.. kami adalah antara yg bertuah kerana diterima masuk ke pld...yg pompuan jumlahnyer, 24 orng n yg lelaki jumlahnyer 6 orng, lau di kira... mmg ckup qouta udah bagi2 sorng dpt 4.. hehehe




hah.. ne adalah pic kami time kami orintasi... yg pompuan dgn muka manisnyer, n yg lelaki wlupun time tu bru jmpa, tp kami cm yg dah lma kenal, sangat rapat tau.. hehehe.. yg d paling tepi tu, penghulu kami time orintasi, namanya wan, wlupun muka cm garang je, tp hati baik tau.. (wan jgn kembang)., yg sebelahnya tu, orng bajau-sama.. namanya Dan, yg comel bertie biru tu nmanya Asrul, tp, gelarannya yg famous "Hambur'... erm yg tutup mta tu adalah sy, xtau npa time tu sy tutup mta, mkin msih terharu kot dpt msuk pld.. hehehe... yg sebelh tu lg, nmanya Jirin, kira hensom boy lah juga, n dia ne dpat gelaran yg pling mantap tau dari pensyarah kami, nk tau pa gelarannya.. (Zuhud).. dan yg pling hujung tu, nmanya syuk, kira paling tegap lah antara kami.
yg pompuan telampau ramilah, jd, xdpt introduce smua.. hehehe sore...


erm.. yg ne pla,pic kami time minggu last orintasi, kami wat show tau, belakon.. xtau lah lakonan kami ne best tau x, tp, yg pastinyer sal pengajaran lah... 


hah, pic yg ne pla, adalah aktivit first kami, iaitu melawat ke tman pertanian sabah, tenom.. mmg best lah jln2 kat sna.. nk tau x, kwn2 pa yg pling best kat sna? da buah ajaib tau. hehe pa yg ajaibnya? punyalah men suspen, ingatkan bla mkan dpt jd kuat ka? jd pandai ka? sekali bla mkan buah ajaib tu, cuba try mkan yg asam2, kompom smua jd manis.. hehehe.. tu je ajaibnyer, bkn pa pon...hehehe


antara gelagat2 kami smua dengan pensayarah.. hehehe.. mmg membawa seribu kenangan yang x dpt dilupakan... love u All.. habis citer sal, zaman awal2 masuk pld.....
sekarang ne nk citer sal, semua yg berkaitan dengan aktiviti kami semasa d pld,... 

hurm.. yg ne pla, pic jejaka2 macho dengan pensyarah2 mantap, lupe pla nk kenalkan pensyarah kami.. hehehe.. erm.. yg pling tepi berkopiah putih berbaju biru, nmanya sir Nasir, ajar subjek Bi, sebelahnya, berbaju hitam, nmanya ust Hairul, mmg best ust ne ajar, banyak lawak n citer... huhu yg diantara Asrul ngan Jirin tu pla, ust Jawahir hah nk tau x? yg bg gelaran Jirin zuhud, ust ne lah.. hehehe.. n sorang lagi ust zamrul, ust yg best, n hafiz.. yg pompuan pla, cgu sabariah, n cgu jainah.. 



Erm, ne pla pic orng2 besar kat pld. opss, mksd sy bkn orngnya besar, tp pngkatnya yg besar.. heheh yg pling atas tu, nmanya ust Zulwaqar, yg d tengah2 tu pengetua Pld ust Norjeli, n yg pling bwah ne, bahagian akademik diploma, ust fazrie...
pensyarah2 kami yang lain, ust Fairuz, ust adam, ust junaidi, teacher zaidah, ustz norjaya, ustz leeza, ustz fitriati, ustz lina, ustz aisyah, ustz azizah...lau da yg x tersebut maaf d pohone ek...

yg ne pla, pic time kami jadi fesilitator, bg pelajar2 baru, bagi diploma 2nd batch.. 


yg ne pla, kwn sy yg pling nakal @ jajal tp, kira kiut lah jga kan.. heheh... ne time kami bru dpt Elaun.. huhu elaun kami d pld rm 75 sebulan, tp, cm dah kena ups tue... 


erm.. yg ne pla, antara aktiviti best kami, berjoging ke Tokong.. tuk pengetahuan kwn2 x jauh dr pld da tokong cina tau, kami slalu kesana, tp, bkn tuk sembahyang,, berjoging (bersenam tuk kesihatan) ... n lau nk tengok pemandangan penuh bandar keningau dr sanalah.. hehehe. tpt tu kira best lah jga.. hehe nk tau cm mana bestnyer, cublah pegi..hehehe

 yg ne pla, kwn satu batch.. nk tau x pa yg special dgn pic ne.. hehe.. mereka smua adlh antara yg paling tua dalm batch kami, semuanya beliau2 belaka.. waakaka 

hurm.. sebenarnya, banyak lg yg nk d post ne, tp, tngn dah penat lah.. nk share ngan kwn2 sal bdak2 baru dploma 2nd batch, sal karnval sukan, n lau da kesempatan sy nk kenalkan dengan kwn2 smua kwan satu batch  sy, terutama yg pompuan..n nk juga cite sal sarawak.. bp,  kami skrg ne dah smpi sarawak, d Ikmas tau, nk msuk sem 6 dah... fuh, bnyaknya, tp, yg pastinya smua tu bila dijadikan cerita pasti best, btul x?... hehehe.. jd, episod ne bersambung tau.. nantikan episod yg akan datang... tima ksh kerana membaca.. love u All my friends..

Wednesday, October 20, 2010

Ketika Saidina Ali mengetuai kerajaan Islam, ramai kumpulan orang Islam yang keluar dari pemerintahannya kerana merasakan kepimpinan beliau tidak betul dan salah. Suatu hari seorang sahabatnya bertanyakan soalan tentang golongan tersebut.

“Ya Amirul Mukminin kafirkah mereka?”

“Tidak, kerana mereka mengucap kalimah tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, sedangkan orang kafir mendustakannya”

“Munafikkah mereka?”

“Tidak, kerana mereka mendirikan solat, sedangkan orang yang munafik mendirikan solat dalam keadaan yang malas”

“Maka siapakah mereka?”

“Mereka itu saudara kita, Cuma mereka bukan sekumpulan dengan kita. Hadapilah mereka jika mereka menyerang kita, tetapi berpalinglah dari mereka jika mereka tidak mengganggu kita.

MasyaAllah sangat indah kata-kata yang dilafazkan oleh Khulafa’ Al-Rasyidin yang terakhir ini. Kata-kata ini bagaikan satu penyelesaian di atas perbalahan yang berlaku di dalam dunia Islam sekarang.

Berbilang-bilang Jamaah

Realiti perjuangan Islam di Malaysia ini banyak mendedahkan kita dengan situasi taadud jamaah, jika dibilang, lebih dari sepuluh yang sudah didaftarkan samada menjadi NGO ataupun parti politik. Itu belum termasuk jamaah yang tidak didaftarkan secara sah dengan kerajaan dan hanya bergerak di bawah tanah sahaja.

Biarlah banyak manapun jamaah yang ada hakikatnya kita semua mempunyai satu tujuan yang sangat besar, iaitu untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam di atas muka bumi ini.

Tetapi, kebelakangan ini kita sering terdengar tentang banyak berlaku pertelingkahan di antara jamaah sehingga fokus yang ditetapkan oleh setiap jamaah ditinggalkan kerana lebih banyak masa dan tenaga digunakan untuk memenangkan jamaah masing-masing dan bukannya memenangkan Islam.

Akhlak kita yang ditarbiyyah

Sebagai seorang ahli gerakan yang ditarbiyyah dengan sistematik dan mempunyai manhaj yang jelas, kita seharusnya faham dengan realiti ini dan seharusnya lebih matang dalam mengendalikan isu-isu sedemikian.

Bukankah Imam Hasan al-Banna sudahpun berpesan kepada kita tentang perkara ini di dalam Arkanul Baiah yang pertama iaitu al-fahmu (faham). Dalam penjelasannya, beliau banyak menyatukan hati-hati orang mukmin ini agar sentiasa berada pada landasan yang benar supaya pembaziran tenaga tidak berlaku kerana perbalahan yang timbul dek kerana hal-hal yang furu’ dan tidak meningkatkan amal.

Ukhuwah

Sesungguhnya darjat ukhuwah yang paling rendah adalah berlapang dada terhadap shabat lain dan tingkatan tertinggi adalah ithar, iaitu mengutamakan sahabat lebih dari diri sendiri.

Nah, cuba tanya kembali dimanakah darjat ukhuwah kita sesama Islam? Adakah masih ada di dalam lingkungan ukhuwah yang dimaksudkan, ataupun sudah jauh lari kerana kepura-puraan.

Sikap taksub

Kadang-kadang kerana taksub terhadap jamaah menjadikan kita hilang punca dan arah tuju yang sebenarnya, adakah kita berintima’ di dalam jamaah ini semata-mata kerana jamaah atau kerana ingin menegakkan agama Allah?

Betul, memilih jamaah yang terbaik perlu untuk kita merasa yakin dalam perjuangan ini, tetapi itu tidak bermaksud kita boleh sewenang-wenangnya mengatakan jamaah lain salah dan hanya jamaah kita sahaja yang betul.

Sebaliknya kita perlulah menyedari tentang peranan jamaah yang berbeza-beza. Hiduplah seperti satu tubuh yang saling lengkap melengkapi diantara satu dengan yang lain. Andai anggota lain hilang, maka ia akan menyulitkan pergerakan anggota yang lain.

Dalam naungan Mahabbah

Islam menganjurkan kita bersederhana di dalam melakukan setiap perbuatan. Jangan terlalu melampau dan jangan pula terlalu sedikit melakukan amalan. Marilah bersatu di dalam naungan rasa mahabbah dan kasih sayang. Andai kata ada yang silap, perlulah ditegur dengan penuh hikmah dan perlulah sentiasa siap untuk ditegur semula.

Jalan perjuangan ini memerlukan orang yang benar-benar ikhlas dan kita pasti tidak terlepas daripada tapisan Allah. Berjuanglah di medan masing-masing, andaikata seorang rebah, maka papahlah ia bersama menuju ke destinasi.

Ikhlas

Bismillahhirahmannirrahim...

Sesungguhnya segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Berkuasa membolak-balikkan hati anak Adam bagaimanapun Dia inginkan. Selawat dan salam kepada Nabi akhir zaman, pembawa lentera bimbingan untuk membangkitkan kesadaran hati manusia yang telah lalai dan lupa akan hakikat kehidupan. 

Semoga Allah menambahkan kepada kita bimbingan dan pertolongan kerana sesungguhnya pada dunia akhir zaman ini adalah masa yang penuh dengan ujian dan godaan serta kekacauan yang meluas dalam pelbagai sudut kehidupan. Kita sangat memerlukan kehadiran hati yang diwarnai dengan keikhlasan. Hati yang ikhlas adalah hati yang selamat, sebagaimana firman Allah SWT:

"Pada hari kiamat itu, tidaklah bermanfaat harta dan keturunan kecuali bagi orang yang menghadap Allah dengan hati yang selamat." (QS. Asy-Syu'ara': 88-89)



Hati yang ikhlas itulah yang selamat


Ibnul Qayyim  rahimahullah menyatakan:  "Ia adalah hati yang selamat daripada segala syahwat atau keinginan nafsu yang menyelisihi perintah dan larangan Allah serta bebas daripada segala syubhah yang menyelisihi berita yang dikhabarkan-Nya." (Ighatsat al-Lahfan, hal. 15)

Ibnul Qayyim juga menyifatkan pemilik hati yang selamat itu dengan ucapannya; "Ia akan senantiasa berusaha mendahulukan keredhaanNya dalam keadaan apapun serta berupaya untuk selalu menjauhi kemurkaanNya dengan berbagai-bagai cara". Kemudian, beliau juga mengatakan; "Amal yang ikhlas kerana Allah, apabila dia mencintai maka cintanya kerana Allah. Apabila dia membenci maka bencinya juga kerana Allah. Apabila memberi maka pemberiannya itu karena Allah dan apabila tidak memberi juga kerana Allah..." (Ighatsat al-Lahfan, hal. 15)

Syaikh as-Sa'di rahimahullah berkata;" Hati yang selamat itu adalah hati yang selamat daripada syirik dan keraguan serta terbebas daripada kecintaan kepada keburukan atau dosa dan jika tidak, perilaku akan terus-menerus berkubang dalam kebid'ahan dan dosa. Apabila hati itu bersih daripada apa-apa yang disebutkan tadi, maka kesannya adalah ia akan menjadi hati yang diwarnai dengan lawan-lawannya iaitu; keikhlasan, ilmu, keyakinan, cinta kepada kebaikan serta kelihatan keindahan kebaikan itu di dalam hatinya sehingga keinginan dan rasa cintanya akan sentiasa mengikuti kecintaan Allah, dan hawa nafsunya akan tunduk dan patuh mengikuti apa yang datang daripada Allah." (Taisir al-Karim ar-Rahman [2/812])


Ayat-ayat Allah SWT yang memerintahkan keikhlasan

* Allah SWT berfirman yang bermaksud; "Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu al-Kitab dengan benar, maka sembahlah Allah dengan mengikhlaskan agama untukNya. Ketahuilah, sesungguhnya agama yang murni itu merupakan hak Allah."
(QS. az-Zumar: 2-3)

Firman Allah SWT yang bermaksud; "Padahal, mereka tidaklah disuruh melainkan supaya beribadah kepada Allah dengan mengikhlaskan agama untuk-Nya dalam menjalankan ajaran yang lurus, mendirikan sholat dan menunaikan zakat. Demikian itulah agama yang lurus."
(QS. al-Bayyinah: 5)


* Allah SWT berfirman, yang bermaksud: "Berdoalah kepada Allah dengan mengikhlaskan agama dan amal untukNya, meskipun orang-orang kafir tidak menyukai."
(QS. Ghafir: 14)


*  Firman Allah SWT yang bermaksud; "Dialah Yang Maha Hidup, tiada sembahan yang benar selain Dia, maka sembahlah Dia dengan mengikhlaskan agama bagiNya."
(QS. Ghafir: 65)



Hadis-hadis yang memerintahkan keikhlasan hati 

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amalan kecuali yang ikhlas dan dilakukan demi mengharap wajahNya." (HR. Nasa'i,  dari Abu Umamah al-Bahili radhiyallahu'anhu, sanadnya hasan, dihasankan oleh al-Iraqi dalam Takhrij al-Ihya')

Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling berbahagia dengan syafa'atku kelak pada hari kiamat adalah orang yang mengucapkan la ilaha illallah dengan ikhlas dari dalam hati atau dirinya." (HR. Bukhari dari Abu Hurairah radhiyallahu'anhu).



Gara-gara tidak ikhlas

Sulaiman bin Yasar berkata: "Suatu masa, ketika orang-orang mulai bersurai meninggalkan majlis Abu Hurairah, maka Natil, salah seorang penduduk Syam, berkata kepadanya, "Wahai Syaikh, tuturkanlah kepada kami suatu hadis yang pernah anda dengar dari Rasulullah SAW."

Abu Hurairah menjawab; "Baiklah, aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda": "Sesungguhnya orang-orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah: 


1) Seorang lelaki yang telah berjuang demi mencari mati syahid. Lalu dia dihadirkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sekiranya akan diperolehnya, sehingga dia pun dapat mengenalinya.

Allah SWT bertanya kepadanya: 
"Apa yang telah kamu lakukan untuk mendapatkan itu semua?". Dia menjawab, "Aku berperang di jalanMu sampai aku menemui mati syahid."

Allah SWT berfirman;

"Kamu dusta, sebenarnya kamu berperang agar disebut-sebut sebagai pemberani, dan sebutan itu telah kamu peroleh di dunia." 


Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya dalam keadaan meniarap di atas wajahnya sehingga akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka.


2) Seorang lelaki yang menimba ilmu dan mengajarkannya serta pandai membaca dan menghafal al-Quran. Lalu dia dihadirkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sekiranya akan diperolehnya, sehingga dia pun dapat mengenalinya. 

Allah SWT bertanya kepadanya; "Apa yang telah kamu lakukan untuk mendapatkan itu semua?". Dia menjawab, "Aku menimba ilmu dan mengajarkannya serta aku membaca dan menghafal al-Qur'an di jalanMu."

Allah menimpali jawapannya;

"Kamu dusta. Sebenarnya kamu menimba ilmu agar disebut-sebut sebagai orang alim, dan kamu membaca al-Quran agar disebut sebagai qari'. Dan sebutan itu telah kamu dapatkan di dunia." 


Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya dalam keadaan tertelungkup di atas wajahnya hingga akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka.


3) Seorang lelaki yang diberi kelapangan oleh Allah serta mendapatkan kurnia berupa segala macam bentuk harta. Lalu dia dihadirkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sekiranya akan diperolehnya, sehingga dia pun dapat mengenalinya.

Allah bertanya kepadanya;
 "Apa yang telah kamu lakukan untuk mendapatkan itu semua?". Dia menjawab, "Tidak ada satupun kesempatan yang Engkau cintai agar hamba-Mu berinfak padanya melainkan aku telah berinfak padanya untuk mencari redhaMu."

Allah menimpali jawapannya;

"Kamu dusta. Sesungguhnya kamu berinfak hanya demi mendapatkan sebutan sebagai orang yang dermawan. Dan sebutan itu telah kamu dapatkan di dunia."

Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya dalam keadaan tertelungkup di atas wajahnya hingga akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka."



(HR. Muslim [1903], Syarh Muslim [6/529-530])

Hadis ini banyak memberikan faedah bagi kita dalam mengenal erti sebenar keikhlasan, antaranya:

[1] Dosa riak- iaitu beramal kerana dilihat orang dan demi mendapatkan sanjungan-adalah dosa yang sangat diharamkan dan sangat berat hukumannya. (Syarh Muslim[6/531]). 

Riak merupakan bahaya yang sangat dikhuatiri Nabi SAW akan menimpa orang-orang soleh seperti para sahabat. Baginda bersabda; "Mahukah ku khabarkan kepada kalian mengenai sesuatu yang lebih aku takutkan menyerang kalian daripada al-Masih ad-Dajjal?".

Para sahabat menjawab, "Mahu ya Rasulullah." Baginda bersabda,"Iaitu syirik yang samar. Tatkala seorang berdiri menunaikan solat lantas menyempurnakan solatnya kerana merasa dirinya diperhatikan oleh orang lain."
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah, al-Bushiri; at-Tam-hid, hal. 397, al-Qaul al-Mufid [2/55]). 

Kalau para sahabat berasa demikian, maka bagaimana pula dengan manusia biasa seperti kita? 


[2] Dorongan agar menunaikan kewajipan ikhlas dalam beramal. Hal ini sebagaimana yang telah diperintahkan Allah SWT dalam ayatNya yang bermaksud:"Tidaklah mereka diperintahkan melainkan agar menyembah Allah dengan mengikhlaskan amal untukNya dalam menjalankan agama yang lurus."
(QS. al-Bayyinah: 5)



[3] Hadis ini menunjukkan bahawa dalil-dalil lain yang bersifat umum yang menyebutkan keutamaan jihad itu hanyalah berlaku bagi orang-orang yang berjihad secara ikhlas. Demikian pula pujian-pujian yang ditujukan kepada ulama dan orang-orang yang gemar berinfak dalam kebaikan hanyalah dimaksudkan bagi orang-orang yang melakukannya ikhlas kerana Allah SWT. (Syarh Muslim [6/531-532])


[4] Sesungguhnya ikhlas tidak akan berkumpul dengan kecintaan kepada pujian dan sifat rakus terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain. Ibnul Qayyim rahimahullah berkata;

"Tidak akan bersatu antara ikhlas di dalam hati dengan kecintaan terhadap pujian dan sanjungan serta ketamakan terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, kecuali sebagaimana bersatunya air dengan api atau dhaab, sejenis biawak dengan ikan, iaitu musuhnya juga." 
(al-Fawa'id, hal. 143)



[5] Keikhlasan merupakan sesuatu yang memerlukan perjuangan dan kesungguhan dalam menundukkan hawa nafsu. Sahl bin Abdullah berkata; "Tidak ada sesuatu yang lebih sulit bagi jiwa manusia selain daripada ikhlas kerana di dalamnya sama sekali tidak terdapat jalan untuk memuaskan hawa nafsunya." 
(Jami' al-'Ulum wa al-Hikam, hal. 26). 


Sebahagian salaf berkata;

"Tidaklah aku berjuang menundukkan diriku dengan perjuangan yang lebih berat daripada perjuangan untuk meraih ikhlas." (Al-Qaul al-Mufid [2/53])


[6] Tercela dan diharamkanNya orang yang menimba ilmu agama tidak ikhlas kerana Allah. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang menuntut ilmu yang semestinya dipelajari demi mencari wajah Allah akan tetapi dia tidak menuntutnya melainkan untuk menggapai kesenangan dunia maka dia pasti tidak akan dapat mencium bau syurga pada hari akhirat kelak."
(HR. Abu Dawud dan disahihkan al-Albani, Jami' al-'Ulum wa al-Hikam, hal. 22)



[7] Amalan yang dicampuri syirik, contohnya riak tidak diterima oleh Allah. Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT berfirman: Aku adalah Dzat yang paling tidak memerlukan sekutu. Barangsiapa yang melakukan suatu amalan yang dia mempersekutukan diriKu dengan selainKu, maka akan Kutinggalkan dia bersama kesyirikannya."
(HR. Muslim, lJami' al-'Ulum wa al-Hikam, hal. 23)



[8] Sebesar apapun amalan, maka yang akan diterima Allah hanyalah amal yang ikhlas. Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak menerima amalan kecuali yang dilakukan dengan ikhlas dan demi mencari wajahNya."
(HR. Nasa'i,  Jami' al-'Ulum wa al-Hikam, hal. 21
)

Buah Keikhlasan

Di antara  syafaat yang paling agung diperolehi orang-orang yang ikhlas adalah diharamkanNya tersentuh api neraka. Rasulullah SAW bersabda: 

"Sesungguhnya Allah mengharamkan sentuhan api neraka kepada orang yang mengucapkan la ilaha illallah dengan ikhlas kerana ingin mencari wajah Allah SWT ."
(HR. Bukhari dan Muslim dari Itban radhiyallahu'anhu).


Orang yang ikhlas atau bertauhid akan selamat daripada hukuman kekal di dalam neraka, iaitu selama di dalam hatinya masih tersisa iman atau tauhid meskipun sekecil biji sawi. Dan apabila keikhlasan itu sempurna di dalam hatinya maka ia akan selamat dari hukuman neraka dan tidak masuk ke dalamnya sama sekali. 
( al-Qaul as-Sadid, hal. 17)


Orang yang mendapatkan keutamaan ini hanyalah orang yang ikhlas dalam mengucapkan kalimah syahadah. 


Hadis ini mengandungi bantahan bagi kaum Murji'ah yang menganggap bahawa ucapan la ilaha illallah' itu sudah cukup walaupun tidak disertai dengan harapan untuk mencari keikhlasan. Hadis ini juga mengandungi bantahan bagi kaum Khawarij dan Mu'tazilah yang beranggapan bahawa pelaku dosa besar kekal di dalam neraka, sementara hadis ini menunjukkan bahawa para pelaku perbuatan-perbuatan yang diharamkan tersebut dan tidak bertaubat sebelum matinya, tidak akan kekal di neraka, hanya pelakunya yang memang berhak menerima hukuman atau seksa di akhirat sana. [Al-Qaul al-Mufid ‘ala Kitab at-Tauhid (1/46)]


Selain itu, orang yang ikhlas juga akan berasa ringan dalam melakukan perbagai ketaatan yang pada umumnya terasa berat, kerana orang yang ikhlas sentiasa menyimpan harapan untuk mendapat pahala daripada Allah. Demikian juga, ia akan berasa ringan dalam meninggalkan maksiat, kerana berasa takut akan hukuman Rabbnya yang tertanam kuat di dalam hatinya. 

Orang yang ikhlas dalam beramal akan berusaha mengubah amalannya yang sedikit menjadi banyak pahalanya, sehingga ucapan dan amalannya akan membuahkan pahala yang berlipat ganda. Syaikh as-Sa'di rahimahullah mengatakan: 

"Amal-amal itu sesungguhnya memiliki keutamaan yang bervariasi dan pahala yang bergantung kepada keimanan dan keikhlasan yang terdapat di dalam hati orang yang melakukannya".        (Bahjat al-Qulub al-Abrar, hal. 17).