Total Pageviews

Sunday, January 6, 2013

Solat Sunat Istikharah..

Solat Sunat Istikharah


Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.



Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.


Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.


Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.


Tata Cara Solat Istikharah


Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.




Lafaz niat:-


Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala




Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun


Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas


Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”




Doa istikharah



Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:






Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.


Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir


Ertinya:-


“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.


Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.


Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Apabila telah berusaha maka bertakawaklah kepada Allah, kerana kita merancang, dan Allah juga merancang, tapi ketahuilah perancangan Allah adalah yg paling sempurna dan itulah yg terbaik untuk kita. Belajarlah untuk redha dan carilah hikmah disetiap ketentuan Allah. semoga ada manfaatnya.
Assalamualaikum semua...

Masalah, tau dugaan terjadi bila mana Allah hendak menguji kita. itu tandanya Allah sayangkn kita smua, bagi mereka yg sedar itu adalah ujian itu adalah dripada Allah, namun yg tidak perna sedar itu adalah ujian daripada Allah, malah asyik berburuk sangka dan selalu menyalahkn Allah, mereka adalah dari kalangan orang yg rugi.

ujian sebenrnya menandakn kasih sayang daripada Allah, apabila ujian tau maslah, itu tandanya Allah mahu menghapus segala dosa yg lampau, atau pun sebagai balsan atas segalah dosa yg perna kita lakukan sebelum ini. oleh itu, sentiasalah bersngka baik kepda Allah... dan jngan sesekali berputus asa daripada rahmat Allah... cahiyo3...

walaupun, sudah bergelar 'ustaz' tau 'cikgu', jgnlah menyngka sudah pndi tidak perlu lagi cari ilmu, itu adalah tanggapn yg salah. Imam as-syafii, berkata "semakin bertambah ilmu ku, semakin aku tidak tahu"... oleh itu, jgan pernah malas mencari ilmu, ataupun baca blik pa yg telah dipelajari sebelum ini, supaya tidak lupa akan ilmu yg dipelajari sebelum ini.

Apabila ditnya kepda mu tentang hukum, maka jwablah apa yg kamu ketahui, sekirnya tidak tahu, jgan jwab ikut hati, kerna itu adalah daripada syaitan yg membisikkan kesesetan kpdamu...jgnlah dituruti ego mu, kerna ia juga boleh membinasakn kamu... berhati-hatilah dalam berbicara....

semoga ada manfaatnya...:D

Saturday, January 5, 2013

Tenang?

Bismillahhirrahmannirrahim... Assalamualaikum, dan selamat sejahtera kepada pembaca yang sangat saya sayangi lagi saya kasihi, semoga semuanya baik-baik sahaja...



Alhmdulillah, hari ini, saya rasa tenang sangat, lepas mandi, solat... saya rasa tenang sangat, terima kasih ya Allah kerana memberikan ku ketenangan, kerana tidak semua hambamu mampu memilikinya, dan kurniakanlah ketengan juga kepada pembaca yg dikasihi dan seluruh muslimin dan muslimat... 
ketahuilah, bahawa ketenangan yg hakiki ialah, hanya pada Allah. ketahuilah dengan mengingati Allah selalu, hati akan menjadi tenang...minta dan pohonlah kepadanya. namun, saat dan ketika ini, kita semua kurang tepat dalam usaha mencari ketenangan, kita terpedaya dengan budaya yang kurang baik, seperti, apabila kita merasa gelisah, sedih, kecewa dan sebagainya, ada yg pergi makan, menyanyi, mandi, bersiar-siar, dan bnyak lagi, malah yg lebih teruk lagi apabila melakukan perkara yg salah di sisi islam, seperti, minum arak, hisap dadah dan gam, yg kononnya boleh hilangkn masalah. persoalanya, adakah semua itu mampu memberikan ketengan?...



mungkin iya, bergantung kepada individu, namun ketengan itu hanya sementara, ataupun ketengan yg diperolehi bukanlah dengan jalan yang betul. apabila kita ditimpa dengan maslah, maka sudah tentu itu adalah ujian daripdanya, maka dialah tempat yg pertma perlu kita mengadu, mintalah ketenangan, dan penyelasaian maslah, ambil air sembhyang, dan driknlah solat sunat, dan mohonlah keampunan daripdanya, in shaa Allah, kita akan temui ketengan, sekirnya masih tidak mampu, berkongsilah maslh tersebut kepda orng yg dipercyai, mintalah pendpat terutma yg arif dengan mslh tersbut, in shaa Allah... akan dipermudhkan urusan, kerna Allah melihat usha hambanya, dan jganlah berputus asa daripada rahmatnya..jagalah Allah, Allah pasti akan menjga mu.. yakinlah dan sentiasa bersangka baik kepada Allah, kerna setiap maslah itu, ada hikmah yg tersmbunyi... carilah hikmah tersbut, nescaya kamu akan sentiasa bersma Allah...



setakat itu, sahaja sedikit perkonsian dripda saya, mohon sejuta kemaafan sekirnya ada kesilpan atau kesalhn, mohon ditegur... semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.. in shaa ALlah..

Wednesday, November 21, 2012

Muhasabah Lu...:D


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada rakan pembca yang sudi singgah d blog yg x seberapa nie.... fuh, lama dah x update blog, bukan xda masa tp mlas sebenarnya mau update.. bnyak yang nk dikongsikan kepada rakan2 semua. tp update kali xda papa yg nk di share kan mkin cuma luahan persaan disamping bermuhasabah dr... kebetulan sorang2 kat umah, mama, kaka, abang jalan pegi tenom. sunyi gituuu... hehe..

saya just nk nasihatkn diri saya sendiri, bahawa berusahalah untuk melakukan yg terbaik untuk diri... jangan sia2kan hidup dengan perkara yang kurang berfaedah (main game) hehe... masa muda nielah masa yang terbaik untuk buat sesuatu yg boleh membwa manfaat kepada dr juga orng lain. ingatlah xda manusia yg sempurna walupun bergelar seorang 'ustaz'... juga x lari daripda kesilapan lalu, sekrng dan mkin juga msa hadapan. namun persoalannya apabila buat salah adakah hati kita tergerak untuk bertaubat, kalau ia... maka Allah masih sayangkn kita, mau kita sentiasa dekat dngan dia, namun rakan2 sekalian bila kita wat dosa namun xda persaaan bersalah, menyesal. kena cek balik kita takut Allah biarkan kita dengan nikmat dosa itu terus menerus...

berazamlah untuk berubah, carilah ilmu, banyakkn membaca,  untk melakukan kebaikan bukan senang apabila hati telah terbiasa dengan dosa, hati itu sudah menjadi beku dan hitam... amat sukar untk menyesal akan dosa apatah lagi untuk menangis berdoa kepada Allah...



"Ya Allah.. jngan engkau biarkan aku terus hanyut dengan kemanisan dosa ini... berilah aku kekuatan untuk hdapi ujian-Mu, permudahknlah aku dalam beribadah untuk dekatkn dr padamu... aku takut ya Allah, akan azab-Mu yg sangat pedih, aku takut.... aku tahu selama ini telah bnyak melakun dosa pada-mu.. maka engaku ampunkan lah sesungguhnya engkau maha pengampun ya Allah.... berilah  kekutan kepda aku ya Allah, untuk meminta maaf kepada orang lain atas kesilapan dan dosa yg dilakukan, hilangkan lah rasa malu itu ya Allah... biarlah aku malu di dunia jgan aku malu di akhirat sana. ya Allah sesungguhnya engkau maha memperkenankn doa, maka perkenankan lah doa ku ini.. amin ya Allah..."

jgnlah kau menyangka diri mu telah cukup baik, jngan lah kau yakin syurga itu milikmu, janganlah kau takbur akan ilmu mu yg sedikit itu, sesungguhnya  ilmu tanpa iman juga tidak bermakna. kau tahu solat lima waktu wajib, knpa kau tinggalkan, kau tahu mengumpat itu dosa npa kau wat juga, kau tahu yang jahat itu dosa, kenpa kau lakukan jugaaaa... 

mintalah keampuan kepada Allah, kerana Allah maha pengampun, apabila dosa dengan Allah.... namun dosa dngan mkhluk minta lah kemaafan kepadanya, kerana tanpa keampunan darinya kau akan celaka nanti, janganlah kau malu untuk meminta maaf... ingat tu azam...


sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.. apabila kamu mersa gundah gelana... carilah ketengan itu kepada yang menurunkan gundah gelana kpdmu... insyAllah kamu akan memperolehi ketengan yg hakiki, sekirnya kmu masih tidak lagi merskan ketengan itu, teruskan mencari ketngan itu daripadanya kerana Allah mkin menguji-mu sejauh mana kamu yakin akan Allah. tidak ramai yg berjaya melepasi ujian tersebut, mereka kecundang dengan ujian itu, dan tahniah kepada yg berjaya... sesungguhnya kmu adalah daripada golongan yg beriman.. jadi terpulang kepada kita semua untuk memilih jalan hidup. 

semoga perkongsian kali ini bermanfaat kepada semua... sory lah telmpau pnjang pla... tp bagi yang mebca smpi habis saya ucapkan tahniah... semoga Allah akan memberikan hidayah kepadamu... Amin.. 






Saturday, September 8, 2012

Mengenali Diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca yg budiman. Bagaiaman keadaan anda hari ini, harap2 semuanya OK dan baik-baik saja. InsyAllah dalam entri kali ini saya akan berkongsi dengan para pembaca sekalian berkenaan Hadis Rasulullah untuk sama-sama kita mengambil pengajaran serta dapat menambah lagi ilmu kita. Hadis yg akan sya kongsikan ialah hadis berkenaan Mengenali Diri. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: 

" Lihatlah kepada orang yg lebih rendah daripadamu, dan janganlah melihat kepada orang yang lebih tinggi daripadamu, yang demikian itu adalah lebih baik untuk tidak meremehkan nikmat Allah yg dikurniakan kepadamu"

( Hadis Sahih ini Muttafakun 'alaih. Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari 6125 dan Imam Muslim 8 dan 9. Lafaz hadis ini oleh Imam Muslim) 



Pengajaran Hadis.

Amr bin Syu'ib daripada ayahnya, daripada datuknya berkata: Nabi s.a.w. bersabda yg bermaksud :

"Dua jenis sifat, siapa yg memiliki kedia-duanya maka dicatat di sisi Allah sebagai ahli syukur (golongan yg bersyukur) dan sabar. Pertama, jika ia dalam hal agama selalu memperhatikan orang yg lebih tinggi untuk meniru dan mengikutinya, dan dalam hal dunia selalu melihat kepada orang yg lebih rendah daripadanya sehingga ia dapat bersyukur kepada Allah"

     Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, Syukur mempunyai banyak makna antaranya terima kasih, mujurlah, untunglah, bertuah. Bersyukur pulah ialah berasa syukur dan berterima kasih.


Hadis ini sebenarnya mengajar kita untuk sentiasa berusaha untuk memiliki sifat Zuhud, disamping sentiasa merasa Qana'a (merasa cukup) dan Reda kepada segala Qada' dan Qadar Allah. Orang yg mempunyai sifat-sifat diatas sebenarya orang yang kaya kerana segala keperluannya dapat dikawal, dan tidak perlu untuk meminta daripada orang lain, dan kekayaan batiniah seperti inilah sebenarya memiliki kekayaan yang hakiki, dengan wujudnya sifat-sifat seperti ini boleh membawa ketenangan dan kesejahteraan dalam melayari kehidupan yang penuh dengan ujian ini.

Pembaca yang dikasihi, dalam masalah keagamaan pula, kita hendaklah melihat kepada orang yg lebih baik daripada kita agar menjadi perangsang kepada dri kita untuk melakukan ibadah sepertinya malah berusha untuk melakukan yg lebih baik daripadanya. hal ini bersesuaian dengan konsep "Hendaklah kamu berlumba-lumba dalam melakukan kebajikan", yang mana bolah membawa banyak kebajikan dan kebaikan  kepada diri kita bukan sahaja didunia malah di akhirat sana.

Sebaliknya, dalam hal-hal keduniaan pula, kita hendaklah melihat orang yang lebih rendah daripada kita agar kita dapat bersyukur atas apa sahaja rezeki yang Allah kurinakan kepada kita. Sekiranya kita selalu membanding-bandikan rezeki yang kita miliki kepada orang yg diberikan rezeki lebih daripada kita, sudah tentu akan membawa kepada ketidaksyukuran, dan tidak merasa cukup akan kurniaan Alllah, dan boleh membawa kepada sifat-sifat negatif dalam diri, sebab itulah, kenapa rasulullah sendiri menganjurkan kita untuk melihat orang yg dibwah kita, agar kita mampu untuk bersyukur atas segala pemberianNYA walaupun ianya hanyalah sedikit. 

Walaubagaimanpun, adalah tidak menjadi kesalahan untuk kita mengejar orang yang diatas dalam hal keduniaan seperti kekayaan, asalkan kita mampu membelanjakan segala rezeki yg dikurniakan kejalan yg diredahi oleh Allah, sebagai contoh isteri Rasulullah, saidatina Khadijah dan sahabat Rasulullah Abdurrahman bin Auf, adalah antara sahabat yg kaya, dan agar kita tidak lalai dengan kekayaan yang dimiliki seperti Qarun yg pada mulanya sangat taat kepada Allah, namun tewas dengan timbunan harta yang dimilikinya.

Begitulah sedikit perkongsian ilmu daripada saya, semoga kita akan sentiasa bersyukur atas segala nikmat pemberian Allah, walaupun ianya sangat sedikit, percayalah sekiranya kita bersyukur Allah akan tambahkan lagi rezeki kita, namun sekiranya kita kufur, azab Allah sangat pedih. Semoga juga, Allah memberikan saya dan para pembaca yg disayangi kekuatan untuk beribadah mendekatkan diri kepada Allah, dan kekuatan untuk menghadapi segala ujian daripada Allah. sekian sahaja perkongsian pada entri ini, semoga ada manfaatnya. Wassalamualaikum w.b.t.

Rujukan : Hadis Modal Insan, Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri